Wednesday, February 4, 2015

SIRI LAWATAN DATUK WEE KA SIONG KE KAMPUNG-KAMPUNG PARLIMEN AIR HITAM




  • 2hb, Februari 2015:
    Hari ini Datuk Dr. Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam telah mengadakan siri lawatan ke Kampung-kampung di Parlimen Ayer Hitam. Datuk Dr. Wee Ka Siong yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, walaupun sibuk dengan tugasan harian sebagai Menteri dan Timbalan Presiden MCA, tetap mengamalkan amalan “turun padang” untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk-penduduk yang kurang berada dalam kawasan.  
    Siri lawatan hari ini bermula dengan lawatan ke Kampung Hj. Kamisan. Sepanjang lawatan YBM, beliau telah menziarahi 7 keluarga yang kurang berada ataupun ahli keluarga yang menghidapi penyakit kronik. Beliau telah menyampaikan bantuan dalam bentuk wang tunai untuk membantu mereka yang pada masa ini amat memerlukan bantuan dan keprihatinan masyarakat ramai.
    Selain daripada bantuan wang tunai, Datuk Dr. Wee Ka Siong juga melawat sebuah rumah yang uzur   dan telah mengarahkan kepada pasukan perkhidmatan beliau untuk membaiki rumah tersebut secara gotong-royong dalam tempoh 60 hari.
    Ditemubual selepas siri lawatan tersebut, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata beliau akan terus memberi tumpuan terhadap mereka yang kurang bernasib baik dan beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut, sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada mereka dari semasa ke semasa.
    “Selain daripada bantuan kewangan, saya juga berjanji kepada keluarga yang mengalami kerosakan pada rumah mereka akibat daripada pokok tumbang, akan dibekalkan bahan binaan secepat mungkin dan saya telah mengarahkan JKKK untuk membaiki rumah mangsa secara gotong-royong.”
    Sebagai Ahli Parlimen Kawasan Ayer Hitam, Datuk Dr. Wee Ka Siong telah menziarahi ke hamper setiap pelosok kawasan tersebut. Walaupun kebanyakan masa berada di Kuala Lumpur, namun beliau tidak pernah mengabaikan kebajikan penduduk setempat di Ayer Hitam.
    Ini turut menunjukkan perbezaan di antara Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, di mana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hanya pandai bercakap dan berjanji manis sebelum Pilihan Raya, namun tidak kelihatan langsung selepas menang. Ini diibaratkan sebagai “kacang lupakan kulit” dan telah mengkhianati tugasan mereka sebagai Ahli Parlimen yang diamanahkan oleh pengundi.

No comments:

Post a Comment