Thursday, January 8, 2015

RAFIZI U-TURN KRITIK KERAJAAN TURUNKAN HARGA MINYAK

PETALING JAYA - [VIDEO] Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung kerugian sehingga RM150,000 pada bulan lalu apabila kerajaan menurunkan harga RON95 kepada RM1.91 dan diesel kepada RM1.93 yang berkuatkuasa pada 1 Januari lepas.
 
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa kerugian itu terjadi apabila pengusaha stesen minyak perlu membeli stok minyak untuk jualan selama tiga hari sebelum harga baru dikuatkuasakan.
 
“70 peratus stesen minyak di Malaysia, jumlah stok ini adalah sekitar 50,000 hingga 70,000 liter setiap satu masa.
 
“Apabila harga minyak diturunkan pada 1 Januari 2015, secara automatik mereka kerugian di antara RM10,000 hingga RM15,000 kerana stok minyak yang dibeli pada harga yang lebih tinggi hanya boleh dijual pada harga RM1.91.
 
“Oleh itu, dengan serta-merta setiap pengusaha minyak rugi 35 sen setiap liter pada 1 Januari 2015,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Perbadanan UsahawanNasional Berhad (PUNB), Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam baru-baru ini yang mencabar pengusaha stesen minyak menyerahkan operasi perniagaan mereka jika tidak mampu menjana keuntungan.
 
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa Mohd Ali lupa bahawa sebahagian besar daripada pengusaha stesen minyak itu adalah usahawan Bumiputera yang kononnya dibela Umno dan sekutunya.
 
“Saya kesal dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat pemimpin Umno seperti Ali Rustam, mana Perkasa dan Isma kerana kebanyakan mereka ini adalah usahawan Bumiputera.
 
“Jika ini berterusan dari Januari hingga Mac ini, ada risiko ramai pengusaha stesen minyak terpaksa gulung tikar dan tiada siapa pun mahu berniaga rugi,” ujarnya.
 
Sehubungan itu, Rafizi mahu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek untuk mengkaji semula sistem penetapan harga minyak sedia ada.
 
“Saya tegaskan mahukan satu sistem harga yang adil kepada pengusaha stesen minyak dan menjamin kestabilan bekalan petrol dan diesel kepada rakyat di seluruh negara,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment