Thursday, January 15, 2015

KENYATAAN SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Khamis, 15 Januari 2015
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT
Kemalangan Bas Persiaran di KM 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)- Susur Keluar Tapah - Perak
1 5 Januari 2015 - SPAD ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan penumpang yang cedera di dalam kemalangan yang menimpa penumpang bas persiaran yang terbalik di Tapah. SPAD akan meneliti dengan segera segala dokumen berkaitan pengurusan pemandu dan penyelenggaraan bas tersebut.
Selain itu, pihak SPAD akan memulakan siasatan terperinci mengenai kejadian ini dengan kerjasama agensi - agensi yang berkaitan iaitu MIROS, PDRM dan JPJ. Disamping itu, audit keselamatan akan dijalankan ke atas operasi syarikat yang terlibat dalam kemalangan ini.
SPAD juga ingin menegaskan kepada semua pengendali bas untuk sentiasa memberi penekanan yang serius dalam semua aspek keselamatan termasuk pimpinan pengurusan keselamatan, serta pengurusan kenderaan, pemandu, rekod dan risiko perjalanan bagi mengutamakan keselamatan setiap perjalanan.

No comments:

Post a Comment