Monday, August 11, 2014

USTAZ YANG BIASA-BIASA DAH BANYAK...

Usaha untuk melahirkan saintis Muslim yang BERIMAN lebih diperlukan buat masa kini daripada melahirkan seorang "ustaz" dalam erti kata biasa. 

Hal ini kerana jumlah ustaz sudah agak ramai , saintis Muslim soleh yang mampu mengangkat wajah umat Islam dihadapan dunia masih ketandusan. Oleh itu wajib bagi dunia Islam menggembleng segala kepakaran yang ada bagi menjayakannya.

Bukan hendak menolak langsung ustaz itu, tapi proses mengeluarkan ustaz nampaknya telah berjalan lancar dan untuk mendapat darjah kebesaran "ustaz" yang tidak pakar tidaklah begitu sukar. Namun untuk mencapai gelaran "saintis" yang sebenar, kita memerlukan penggemblengan yang lebih.


KELUASAN FIKIRAN SECARA BERPRINSIP ITU MEMBAWA KITA KE HADAPAN, MANAKALA KEJUMUDAN PULA HANYA MEMBUNUH KEWARASAN AKAL DAN KEMATANGAN ILMU.