Saturday, May 24, 2014

"Tuduhan ketirisan oleh Pembangkang"



Hari itu saya hantar mesej berkaitan peningkatan dayasaing negara ke tangga ke-12 sebagai bukti dakwaan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma adalah tidak berasas. Dalam Lapuran IMD World Competetiveness Center yang beribu pejabat di Switzerland, antara kekuatan Kerajaan Malaysia adalah:- a. Mengurus Kewangan Awam - negara ke-15 terbaik di dunia; b. Mengurus Dasar Fiskal - negara ke-11 terbaik di dunia. Mana mungkin negara yang ke-15 dan ke-11 terbaik di dunia boleh terjebak dengan ketirisan? Jika betullah dakwaan ini, bermakna negara yang di bawah ranking Malaysia juga mengamalkan ketirisan yang amat teruk. Mesej saya itu adalah tindakan pemulaan bagi menghapuskan propaganda pembangkang. Propaganda pembangkang bermatlamat menjatuhkan maruah dan kredibiliti kerajaan BN. Apabila penjenamaan (branding) Kerajaan BN melekat pada ketirisan, rasuah dan kronisma maka mudahlah pembangkang menjalankan strategi untuk menjatuhkan kerajaan BN. Seperti "Kami bersetuju dengan GST tetapi selesaikan dulu masalah ketirisan, rasuah dan kronisma" Sehingga ini pembangkang telah berjaya mempengaruhi sebahagian Rakyat. Mesej dalam sebuah group facebook tempoh hari bermula dengan menyatakan "Aku sedar dalam UMNO/BN ramai penyangak, perasuah, salah guna kuasa dan malas berfikir majukan negara..tetapi aku masih sayangkan kerajaan...", Secara suttle individu ini menanamkan kebencian terhadap kerajaan BN. Apakah asas pembangkang menuduh kerajaan BN mengamalkan ketirisan, rasuah dan kronisma? Tiada asas:- 1. Pada tahun 2012, pembangkang menerbitkan Bajet Bayangan dengan menyatakan mereka boleh menjimat kewangan kerajaan berjumlah RM40 billion. Bajet Bayangan ini disediakan oleh Rafizi. Saya membuat kenyataan (rebuttal) yang disiarkan dalam Akhbar dan TV dengan menyatakan pemimpin-pemimpin pembangkang "Lemah Matematik" dan memberi hujah-hujahnya. Apa tidak "Lemah Matematik?" Pada tahun 2012, Bajet bagi Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM48 billion. Jika ketirisan berjumlah RM40 billion atau 83.3% (RM40 billion di bahagi dengan RM48 billion = 83.3%), bermakna hanya RM8 billion atau 16.7% benar-benar di belanjakan untuk pembangunan. Di mana lojiknya? Di mana lojiknya Jalan yang anggaran kosnya RM1 juta hanya RM167,000 di belanjakan untuk pembinaan jalan tersebut; manakala RM833,000 hilang kerana ketirisan. Bermakna keseluruhan pembangunan jalan, sekolah dan lain-lain infrastruktur hanya 16.7% dibelanjakan ketas projek-projek tersebut. Akhirnya pembangkang keluarkan kenyataan bahawa masalah yang mereka hadapi kerana kekurangan maklumat. Bolehkah sebuah pertubuhan politik yang berwibawa (ini anggapan mereka) 'TANPA MAKLUMAT' menerbitkankan Bajet Bayangan 2012 dengan tuduhan-tuduhan berat dan siarkan secara resmi kepada Rakyat? Tidakkah tindakan tersebut mencerminkan pertubuhan politik tersebut yang TIDAK BERTANGGUNG JAWAB sanggup menyelewengkan fakta kepada Rakyat? Pada mereka KEPENTINGAN DIRI lebih penting dari kepentingan Rakyat.
Bersambung......

Dato Seri Husni Hanadzlah ,
Menteri Keewangan II