Saturday, November 23, 2013

ASAM PEDAS PRU 13 (1)



Harakah hak parti , bukan hak lembaga. Jika AJK PAS Pusat tak maklum perlembangan Harakah , Khususnya hal keewangan, bermakna ajk itu tidak berfungsi dan boleh dipertikaikan. Bila Dato Hisyamudin berkuasa di Harakah, hubungannya dengan kakitangan kurang baik. Dia seperti kurang senang dengan kakitangan yang agak Islamik memakai kopiah, seban dan purdah. Ada yang di pecat , diminta berhenti atau ditukar ke negeri lain.


Mustafa Ali dan Azizan Razak pernah memaksa saya letak jawatan secara hormat. Saya faham, kalau tak letak, bererti akan dipecat. Memandangkan masa itu saya ingin berkhidmat di Madrasah Islahiah Diniah (MID) Kg. Memali , juga mahu beri peluang pada Yusuf Ariffin sebagai wartawan Harakah Kedah, saya setuju letak jawatan. Akhirnya Yusuf Ariffin bekas tahanan ISA yang belum mempunyai pekerjaan tetap mengantikan saya. Nasibnya pun tak lama di Harakah , juga diminta mengundur diri sacara terhormat.



Alasan kami diminta meninggalkan Harakah hampir sama, iaitu menegur LEMBAGA PENGURUSAN HARAKAH. Selepas berhenti dari Harakah , merangkaklah dia mencari rezeki memelihara anak isteri. Kalau dulu Yusuf Ariffin atau panggilan ringkasnya Cup Pin hadir ke tempat ceramah untuk membuat laporan berita, buat seketika ini dia hadir ke tempat ceramah untuk berniaga . Mengalir air mata saya melihat keadaannya akibat perbuatan pimpinan PAS. Alhamdulillah , atas kesabarannya , sekarang dia berjaya dalam perniagaannya. Menjadi pengeluar JUS KURMA PEGAGA atas nama MAZIDAH FOOD. 


Semoga pembaca turut menyokong perniagaannya , produknya berada di seluruh semenanjung.

Mujahidin Afganistan,
CN AL-AFGANI dalam bukunya "ASAM PEDAS PRU13"
(m/s 19)

No comments:

Post a Comment