Friday, October 11, 2013

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT


Geng Ah Fatt Tumpas. Tahniah PDRM !! Empat penjenayah dipercayai warga Indonesia ditembak mati selepas sembilan jam merompak sebuah rumah kenamaan di Bukit Antarabangsa, awal pagi tadi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh. Beliau berkata, kumpulan yang dikenali sebagai Geng Ah Fatt itu dipercayai merompak rumah milik orang kenamaan kira-kira jam 3.30 pagi. Mohmad berkata, bertindak atas maklumat, kumpulan berkenaan yang aktif melakukan jenayah sejak lima tahun lalu dilaporkan melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah di PPR Ampang Hiliran di sini. Padan muka, harap pihak polis dapat membanteras lagi penjenayah penjenayah yang masih berkeliaran. Apa pun admin ucapkan tahniah lagi sekali kepada pasukan @[161086313901684:274:Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )]

No comments:

Post a Comment