Wednesday, October 16, 2013

KENAPA KAU BIAR DIA MERANGKAK SURENDREN ....MEMALUKAN

TIPU RAKYAT...!!! Kekejaman Ahli Politik PR Terbongkar. Tiada yang menghairan pada teman jika fitnah terhadap kerajaan menjadi lumrah di dalam Pakatan Rakyat. Tidak lain tidak bukan untuk menimbulkan persepsi bahawa kerajaan dibawah pimpinan BN adalah kerajaan yang zalim kepada rakyat. Semata-mata untuk mendapat simpati rakyat sekaligus rakyat akan memberontak. Tidak ketinggalan juga cubaan memburuk-buruk agensi kerajaan dan penjawat awam supaya rakyat akan terus mendapatkan persepsi buruk terhadap agensi dan penjawat awam. Mereka ini sanggup menggunakan rakyat untuk kepentingan politik sempit hinggakan golongan OKU pun dipergunakan. Asalkan hajat dan cita-cita politik mereka tercapai. Namun niat jahat PR yang menggunakan "loyar-loyar buruk" untuk menfitnah kerajaan dan agensi serta penjawat awam akhirnya terbongkar. Allah Maha Mengetahui dan agenda jahat PR terdedah dan terselak sehelai demi sehelai. Fitnah terhadap sebuah agensi kerajaan iaitu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim yang didakwa oleh "loyar-loyar buruk" ini membiarkan golongan OKU mengesot-ngesot menaiki tangga untuk menyerahkan memorendum kepada Pegawai terbabit. Kejadian tersebut digambarkan seolah-olah pegawai terbabit tidak berperikemanusiaan dan dianggap kejam terhadap OKU tersebut. Jika dilihat gambar diatas yang telah tersebar di ruang maya, siapakah yang tidak berperikemanusiaan dan kejam terhadap OKU ini? Mengapa "loyar-loyar buruk" PR ini tidak membimbing dan membantu OKU tersebut menaiki tangga pejabat tersebut? Mengapa sanggup membiarkan OKU tersebut mengesot-ngesot sendirian memandangkan "loyar-loyar buruk" PR berada disebelahnya? Teman tinggalkan persoalan supaya pembaca menilai dengan wajar dan rasional. Tidak salah untuk berpolitik namun jadilah ahli politik yang bertanggungjawab. Dari Sumber..

No comments:

Post a Comment