Tun Mahathir Nafi Terlibat Dalam Projek IC
KOTA KINABALU 11 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menafikan terlibat dalam mana-ihat tenang dan lancar menjawab semua soalan yang dikemukakan. Beliau hadir dengan ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak pernah memberi arahan kepada sesiapa untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang negara.
”Sebaliknya, segala arahan yang diberi sepanjang menjadi Perdana Menteri adalah berlandaskan kepada undang-undang dan Perlembagaan negara,” katanya yang menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003.
Tegasnya, beliau tidak pernah memberi arahan kepada mana-mana pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Mohd. Salleh; bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob; dan bekas setiausaha politiknya, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada rakyat asing yang tidak berkelayakan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Berkaitan dengan pemberian kewarganegaraan yang didakwa sesetengah pihak amat mudah dikeluarkan di negeri ini, beliau berkata, perkara itu ditentukan oleh pihak berkuasa selepas mengambil kira pelbagai aspek dalam perundangan negara seperti tempoh bermastautin dan sebagainya.
Ujar Dr.Mahathir, sesiapa sahaja yang menjadi warganegara akan mempunyai hak untuk mendaftar sebagai pemilih di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi.
Tambah beliau, jika terdapat penyalahgunaan dalam pemberian kewarganegaraan adalah disebabkan individu tertentu yang gagal melaksanakan amanah dengan baik tetapi tidak melibatkan polisi dan dasar kerajaan.
Ditanya tentang individu yang pernah ditahan kerana mengeluarkan kad pengenalan dengan cara salah termasuk pegawai dari Majlis Keselamatan Negara, beliau menegaskan, ia dilakukan melalui justifikasi sewajarnya.
”Mereka mungkin melakukan sesuatu yang salah. Saya tidak tahu, itu jelas berkaitan isu kad pengenalan. Kita tidak semudahnya menahan orang tanpa alasan,” katanya.
Mengulas tentang persepsi sesetengah pihak yang mengaitkan isu kad pengenalan palsu dan kemasukan UMNO ke Sabah, Dr. Mahathir berkata, isu kad pengenalan dan kewarganegaraan ini telah timbul sejak Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuasa lagi.
”UMNO datang kerana dalam pilihan raya 1999, PBS keluar daripada BN, jadi UMNO perlu datang bagi menguruskan kempen,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya Pengerusi RCI, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sama ada beliau bersetuju tentang persepsi dalam kalangan rakyat Sabah bahawa masalah PATI di Sabah berada pada tahap yang serius, Dr. Mahathir mengakui perkara itu perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh.
”Kerajaan telah pun melakukan pelbagai tindakan bagi mengatasi masalah itu termasuk menghantar mereka kembali ke negara asal.
”Masalahnya mereka datang kembali dalam beberapa hari dan menyusup ke kampung air di mana tiada pihak berkuasa seperti Imigresen dan polis,” ujarnya
No comments:
Post a Comment