Monday, September 9, 2013

NIK AZIZ TAK SUKA MAT SABU


NIK AZIZ BUKA PEKUNG DI DADA – TIDAK SUKA MAT SABU JADI TIMBALAN PRESIDEN PAS Selama ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat hanya berlakon bagi memenangi hati penyokong PAS dalam menerima Mohamad Sabu @ Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dalam konvesnyen sebelum ini.
Terbaru, Nik Aziz dalam kenyataan yang penuh kontroversi dan mengundang perasaan tidak puas hati Mat Sabu apabila Mursyidul Am PAS itu mahu jawatan Timbalan Pengerusi PAS disandang golongan ulama. Pada pemilihan sebelum ini, kerusi Timbalan Presiden PAS disandang golongan ulama, Nasharuddin Mat Isa. Kemunculan idealogi Anwarinas dalam PAS yang disertai pemimpin PAS profesional telah menyebabkan PAS terbahagi kepada dua golongan iaitu ulama dan profesional (Anwarinas).
Akibatnya, PAS terpaksa ‘mengorbankan’ Nasharuddin Mat Isa demi survival politik PAS dalam Pakatan Pembangkang. Kenyataan Nik Aziz benar-benar membuatkan Timbalan Presiden PAS sekarang Mat Sabu berasa hati. Mat Sabu benar-benar kecewa dengan kenyataan Nik Aziz itu dengan seolah-olah perjuangannya selama dalam PAS ini tidak dinilai dengan baik. Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Sabtu melaporkan bahawa sokongan Nik Aziz merupakan tambahan kepada pelapis kepada penyandang jawatan Presiden PAS iaitu Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan seorang ulama, untuk mengekalkan jawatannya.
Walaupun perkara mengenai pelapis itu dilihat tidak begitu baik untuk Mat Sabu yang bukan seorang ulama, namun Mat Sabu mempertahankan bahawa tidak timbul isu ulama atau bukan ulama dalam parti. Lebih memburukkan keadaan apabila Mat Sabu mengatakan semua pemimpin dalam PAS (golongan profesional) adalah ulama.
Bezanya mereka mempunyai lebih banyak atau kurang pengetahuan dalam agama. Dengan nada tegas, tiada siapa boleh menghalangnya untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS termasuklah Nasharuddin Mat Isa yang dilihat calon paling sesuai merampas jawatan itu daripada Mat Sabu.

No comments:

Post a Comment