Wednesday, September 18, 2013

Harun Taib “Bodoh”

Mustafa Ali?Multaqa Ulama PAS yang bersidang pada Sabtu lalu dilihat bukanlah satu platform buat parti itu mencapai kesepakatan dalam mengukuhkan lagi kedudukan PAS sebagai parti Islam dalam parti pembangkang di negara ini.

Ini kerana, setiap perkara yang dibincangkan memaparkan PAS bukanlah lagi satu parti yang dominan apatah lagi berkepentingan dalam Pakatan Rakyat selepas ia ditubuhkan selepas PRU 2008.
Untuk mengukuhkan kenyataan ini, PAS dalam PRU 13 yang lalu menjadi parti tercorot mengutip kerusi dalam Pakatan Rakyat. Hinggakan PAS juga telah kehilangan negeri Kedah.
Dalam ucaptama Multaqa Ulama PAS yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menyarankan Majlis Syura Ulama mengkaji semula tahaaluf siyaasi dalam PR berdasarkan garis panduan syura atas alasan pengaruh parti itu semakin lemah.
Secara tidak langsung, ia memperlihatkan fungsi PAS sebagai kuasa perunding dalam PR semakin merosot dan tercemar.
Ia dikukuhkan lagi apabila Harun Taib menyatakan sokongan orang Melayu terhadap parti Islam tersebut semakin menurun.
Namun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membidas Harun Taib dengan menyatakan tindakan Harun Taib adalah sebagai tidak bijak. Ini kerana, telah mendedahkan mengenai strategi parti kepada umum yang menampakkan lagi kelemahan parti PAS.
Mustafa Ali gusar sebenarnya memandangkan apabila pendirian Haron ini telah menyerlahkan lagi bahawa memang kumpulan ulama PAS masih tidak selesa dengan hubungan berdasarkan konsep tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.
Bagi Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pula melihat kajian semula tahaluf siyasi itu adalah baik. Tetapi, pencapaian dipenghujungnya seolah-olah parti PAS akan meninggalkan PR dek kerana tidak begitu mencapai sebarang kesepatakan dengan PKR dan DAP dalam satu-satu perkara.
Justeru, Dewan Ulama ini bukanlah satu lokasi atau medium buat PAS bersatu hati untuk merangka pelan, strategi dan tindakan parti untuk jangka masa panjang.
Sebaliknya, ia akan merombak kembali fungsi PAS sekaligus menambah keserabutan yang ada dalam parti PAS sejak akhir-akhir ini.

No comments:

Post a Comment