Thursday, August 1, 2013

KAU TAK PAYAH NAK MENANGIS LAH KIT SIANG


KUALA LUMPUR 31 Julai - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang tidak perlu khuatir dengan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kedudukan parti itu.


Menurut aktivis MIC, Datuk R. Ramanan, kedua-dua pemimpin tersebut boleh meneruskan sandiwara bagi meraih simpati kerana masyarakat Cina akan terus mempercayai mereka.

"Guan Eng dan Kit Siang amat bernasib baik kerana majoriti kaum Cina menganggap sandiwara mereka berdua seperti satu lagu yang amat merdu dan indah.

"Mereka pastinya telah ada skrip lakonan apabila ROS membuat keputusan berhubung isu penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Isu pemilihan CEC parti itu tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada hari tersebut.

Isu itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan bekas pemimpin sehingga ada yang bertindak membawa kes itu ke mahkamah.
Ramanan berkata, ROS tidak harus teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap DAP berhubung isu pemilihan CEC parti berkenaan.

Secara sinis beliau berkata, Barisan Nasional (BN) pula perlu menerima hakikat bahawa kaum Cina pasti akan percaya dengan sandiwara Guan Eng dan Kit Siang itu.

"Mereka juga tidak peduli tentang manipulasi yang dilakukan oleh Guan Eng," katanya.

ROS jelas beliau, hanya perlu mengambil kira aduan-aduan daripada ahli DAP dan terus membuat keputusan mengikut peruntukan undang-undang.
"Pihak ROS harus tahu bahawa Melayu dan kaum India sudah tidak percaya lagi dengan sandiwara politik Guan Eng dan Kit Siang. Hanya kaum Cina yang percaya dengan lakonan mereka," katanya.

Sebagai contoh, jelas beliau, mereka semua percaya dengan 'drama tangisan' dan sandiwara Kit Siang tentang isi kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013.