Wednesday, June 19, 2013

WANITA MUSLIM KEGUGURAN DI TENDANG HANYA KERANA MEMAKAI TUDUNG

DULU BILA AKU CERITAKAN BERKENAAN WANITA PERANCIS DI DISKRIMINASI BERKENAAN PEMAKAIAN TUDUNG , DIA CAKAP AKU BOHONG...!!! SEKARANG ....???


Alkisah Islamophobia di Perancis. Kejam.
Wanita Muslim Mengandung Diserang & Keguguran Bayi

Seorang wanita Muslim yang hamil empat bulan mengalami keguguran selepas diserang oleh dua orang lelaki Islamofobia Khamis lalu di pinggir bandar Paris, Argenteuil.

Menurut peguam wanita tersebut, penyerang pertama cuba mencabut tudungnya dan memotong rambut wanita berusia 21 tahun tersebut. Kemudian penyerang itu mengoyakkan bajunya. Selepas wanita Muslim itu menjerit bahawa beliau sedang mengandung, seorang lagi penyerang menendang perut si mangsa.

Beliau telah dibawa ke hospital Argenteuil untuk menjalani rawatan.

Menurut Daily Mail, pihak polis melaporkan bahawa dua orang penyerang itu menghina wanita terbabit dan mengatakan bahawa pemakaian tudung tidak lagi dibenarkan di Perancis.

“Suaminya menghubungi saya petang ini. Dia kehilangan bayi yang dikandung isterinya,” kata peguam tersebut kepada agensi berita AFP. Tambahnya, keluarga terbabit amat berdukacita dengan tragedi itu dan tidak akan memberikan sebarang komen lanjut.

Pegawai polis Perancis yang terlibat mengesahkan bahawa muslimah tersebut kehilangan bayi di dalam kandungannya.

Wanita itu juga telah ditendang di pinggul sebelum dia berjaya melarikan diri.

Dalam kejadian yang berkaitan, seorang wanita Islam yang juga memakai tudung diserang tiga minggu lalu di kawasan yang sama di Paris.

[Berita diterjemah & disunting oleh iluvislam.com] [Sumber : Today's Zaman]

No comments:

Post a Comment