Tuesday, June 18, 2013

PLANET WAP AIR SEPERTI BUMI DITEMUI

Sebuah planet baru yang mempunyai air seperti bumi tetapi bersaiz gergasi telah ditemui oleh saintis NASA dalam penjelajahan pencarian planet baru.

Planet Wap Air Baru Seperti Bumi Ditemui Saintis | Beberapa penyelidik dari Pusat Harvard-Smithsonian bagi Astrofizik di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka menemui sebuahplanet baru yang diliputi air.

Gambar hiasan: Planet wap air baru yang baru ditemui
GJ1214b adalah sebuah planet diliputi air serta diselubungi atmosfera yang tebal dan berwap,” jelas Pusat itu dalam satu kenyataan selepas meneliti planet itu dengan Teleskop Angkasa Lepas Hubble (HST) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
“GJ1214b adalah sebuah planet baru dan sebahagian besarnya terdiri daripada air. “Andainya seorang angkasawan mendarat di planet itu, dia akan mendarat di dalam air panas,” kataZachary Berta, seorang ahli astronomi. Planet itu ditemui pada 2009 oleh Projek M Earth yang berpangkalan di bumi.
Planet GJ1214b yang digambarkan sebagai ”super-Earth”, sebesar 2.7 kali diameter bumi dan beratnya hampir tujuh kali ganda bumi. Kajian lanjut pada 2010 memberi petunjuk kepada saintis untuk mengandaikan sebahagian besar planet GJ1214b (suhu sekitar 232 darjah Celsius) diliputi air.
Andaian itu disahkan oleh Berta dan penulis bersama yang menggunakan HST untuk mengkaji planet GJ1214b apabila melintasi di hadapan bintang. Cahaya bintang yang ditapis melalui atmosfera planet itu, membuktikan campuran gas serta menyokong teori wap air.
“Ukuran HST mempunyai keseimbangan atmosfera yang berwap,” kata Berta. Ukuran dan anggaran selanjutnya turut memberi petunjuk kepada saintis bagi memutuskan bahawa planet GJ1214b mengandungi lebih banyak air berbanding bumi. – AFP

No comments:

Post a Comment