Sunday, June 2, 2013

KENA DEKAT KAU BARU KAU NAK MELALAK


AMPANG - Bekas Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha sekali lagi meminta DAP mengemukakan penjelasan berhubung dakwaan di atas kesalahannya melanggar disiplin parti sehingga pemecatan dari ahli parti itu.

Jenice berkata, dia meminta Timbalan Pengerusi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Jawatankuasa Memilih Calon, Tan Kok Wai menjelaskan bukti dan tuduhan parti terhadapnya.

Menurutnya, sehingga hari ini, parti masih belum menjelaskan bukti serta tuduhan bahawa dia telah melanggar disiplin parti sehingga memecat keahliannya.

“Surat disiplin mengenai hukuman saya hanya ditunjukkan kepada wartawan sewaktu Kok Wai mengadakan sidang media pada 24 April 2013 di Taman Muda, Ampang sedangkan saya tidak pernah menerima sebarang surat disiplin dari parti sehingga hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jenice berkata, dia juga hanya dimaklumkan berhubung pemecatan keahlian DAP pada 20 April 2013 melalui media kerana bertanding sebagai calon bebas pada PRU13.

Bagaimanapun katanya, tiga tuduhan yang mendakwa dia melanggar disiplin parti sehingga tidak dibenarkan bertanding langsung tidak dijelaskan kepadanya dan mendakwa terdapat sikap pilih kasih dalam perkara tersebut.

“Sekiranya parti mengambil kira tuduhan disiplin terhadap saya, mengapa ahli DAP, Tiew Way Keng tidak dikenakan tindakan sama berhubung isu harga kontrak peguam di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)?

“Mengapa Weng Keng masih boleh dicalonkan untuk bertanding pada PRU13 untuk parti sedangkan beliau telah diaudit MBPJ?

“Jelas dalam perkara ini, parti mengamalkan amalan kroni,” katanya.

Terdahulu, Kok Wai mendakwa pemecatan Jenice berlaku di atas peruntukan yang diluluskan oleh Jenice di Sungai Pelek pada 2011 namun bukti tuduhan tersebut masih belum dijelaskan sehingga hari ini selepas Jenice dipecat dari ahli DAP.

Jenice berkata, beliau yakin masih ahli DAP seumur hidup dan kecewa dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang tidak menyiasat kes ini dengan teliti dan menyerahkan kes sepenuhnya kepada parti.

Jelasnya, dia telah membawa isu pemecatan keahliannya ke mahkamah dua minggu lalu bertujuan untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan bukan untuk menentang DAP

No comments:

Post a Comment