Pendapat bahawa Kerajaan ini tidak Islam dan tidak mengutamakan ajaran Islam tidak harus timbul.
Semua pelajaran yang diajar dalam sekolah dan universiti adalah ilmu yang berkait rapat dan diperlukan, bahkan diwajibkan oleh agama Islam.
Semua ilmu ini diperlukan untuk memaju, mempertahan dan menyelamatkan umat Islam. Kerana umat Islam mengabaikan ilmu-ilmu inilah yang hari ini orang Islam mudah ditindas dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam.
Tuduhan bahawa Kerajaan terlalu mengutamakan dunia adalah fitnah yang harus ditolak oleh semua pihak kerana ia tidak benar.
Sebaliknya mereka yang menolak dunia sehingga orang Islam tidak dapat hidup sempurna, bahkan tidak dapat beribadat, mereka sebenarnya mengkhianati Islam dan umat Islam.
Islam mewajibkan kita mengimbangi di antara dunia dengan akhirat.
No comments:
Post a Comment