Monday, May 6, 2013

KEPALA SYIAH TERSUNGKUR : TERIMA KASIH DATO HARUN DIN

Dato Harun Din dengan sengaja dan TEGAS mengeluarkan "statement" "PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud" yang mana menyebabkan penyokong2 DAP terus menolak untuk mengundi PAS di pilihanraya ke 13 ini. 


PAS sebenarnya bukan kalah dengan BN ....tetapi kalah dengan DAP dan PKR. Itulah yang sebenarnya Dato Harun Din sedang lakukan untuk membuang saki baki kaum Syiah di dalam PAS.
Dia tidak perlu kata undi PAS haram, tapi cukup dengan satu statement yang TEGAS dan bijak cukup untuk menyingkirkan petualang di dalam PAS.


Akibat dari kenyataan tersebut tersungkurlah Kepala Syiah di dalam PAS , Mat Sabu timbalan Presiden PAS.  Selain itu mereka yang pro kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim juga tersingkir . 

Antara mereka adalah Husam Musa yang kalah kepada ketokohan Dato Tengku Adnan Mansor , Salehuddin Ayub  dan Tuan  Ibrahim Tuan Man antara yang  menjadi mangsa .

Walaupun Dato Harun Din juga turut kalah kepada Syahidan Kassim di Arau , mejoriti rakyat sudah maklum yang Dato Harun Din menolak untuk bertanding  sebagai wakil rakyat.

Semoga permilihan PAS akan datang memilih calon yang bersih dari anasir-anasir luar yang cuba merosakkan persaudaraan umat Islam.