SUK
SHAH ALAM - Kemelut yang melanda bagi menentukan senarai Exco Selangor akan terus berlarutan sehingga satu mesyuarat akhir mengenainya diadakan, selepas Jumaat ini.

Walaupun pertikaian pembahagian kerusi Exco itu pada awalnya mahu ditamatkan hari ini, namun mesyuarat yang dijadual petang ini terpaksa ditangguhkan bagi menantikan kepulangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini berada di luar negara.

Abdul Khalid dilaporkan akan pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan susulan pada 24 Mei.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi hari ini memberitahu telah menerima pesanan daripada Abdul Khalid supaya mengadakan perjumpaan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda calon Exco negeri ini walaupun tanpa kehadiran pucuk pimpinan tersebut.

"Sepatutnya kita akan adakan mesyuarat hari ini dengan ketiga-tiga parti untuk membincangkan isu Exco itu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada Ahad lalu, Pas Selangor menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua sebagai salah faham berhubung isu senarai Exco yang diumumkan Abdul Khalid mengikut nisbah 4:3:3 (Pas:DAP:PKR).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dalam mesyuarat yang telah diadakan pada minggu lalu, Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah membuat dua opsyen mengenai senarai nama Exco untuk dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, salah satu opsyen itu menyenaraikan lima Exco daripada calon Melayu dan lima daripada bukan Melayu.

Beliau turut menjelaskan opsyen menjadi pilihan baginda mungkin daripada enam calon Melayu dan empat calon bukan Melayu di mana Pas mendapat empat tempat di dalam Exco Selangor.

"Saya rasa Tony Pua lupa dengan keputusan yang kita buat dalam mesyuarat itu.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, Sinar Harian Online diberitahu oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman, pertemuan yang disifatkan terakhir itu, hanya akan diadakan dengan kehadiran Khalid.

"Tak jadi, menteri besar minta tangguh," ujar beliau.

Ketika ditanya, jika keputusan mesyuarat terakhir ini tidak memihak kepada Pas, Rani berkata, "kita akan terima keputusan pada mesyuarat akhi