BAKAL DIPENJARA..!!! Rayuan Shuhaimi ditolak..
Pilihan raya kecil DUN Sri Muda berkemungkinan besar bakal diadakan. Ini berikutan permohonan penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei yang merayu berhubung kes menghasut ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.
Baca laporan Bernama ini:
PUTRAJAYA, 17 Mei (Bernama) — Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan anggota Dewan Undangan Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya.
Mat Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.
Dalam keputusan sebulat suaranya, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak, menyatakan seksyen itu sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.
"Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini,” kata Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Shuhaimi bakal dihadapkan di mahkamah 5 Jun ini dan jika bersalah dia bakal berhadapan dengan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000. Dan jika Shuhaimi didapati bersalah dan dikenakan hukuman tersebut, maka kedudukan Shuhaimi sebagai ADUN secara automatik akan gugur.
Dan apabila keadaan itu berlaku maka SPR berhak mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan jawatan ADUN Sri Muda berkenaan. Apakah ini yang bakal berlaku di Sri Muda? Meh kita pakat tunggu...
Selain di DUN Sri Muda, diketahui beberapa kerusi Parlimen dan DUN juga berkemungkinan menyaksikan pilihan raya kecil memandangkan beberapa wakilnya sedang dan akan berhadapan dengan kes mahkamah. Ada di antaranya macam susah nak terlepas.
Mari kita tunggu dan lihat siapa yang kenaaaaAAAAA!!!
No comments:
Post a Comment