Larangan Jabatan Imigresen Sabah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) hari ini daripada memasuki Sabah, langsung tidak bermotifkan politik.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Rahman Dahlan berkata, sebaliknya tindakan itu berkaitan dengan faktor keselamatan.
Menurutnya, ia bagi mengelak wujudnya suasana yang tidak diingini termasuk kemarahan dan ketegangan dalam kalangan rakyat Sabah terhadap beliau.
Katanya, semua sedia maklum bahawa Ahli Parlimen Batu itu baru-baru ini dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana mengaitkan UMNO dengan pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.
"Jika benar larangan itu bermotifkan politik, saya ingin tanya balik kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan memasuki Sabah tanpa sebarang masalah, sedangkan pemimpin itu lagi banyak mengkritik kerajaan terutama Sabah berbanding Tian Chua," katanya di sini hari ini.
Hari ini, Tian Chua yang tiba di LTAKK kira-kira pukul 11.40 pagi bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak dibenarkan memasuki Sabah, bagaimanapu Mohamad dibenarkan berbuat demikian oleh pegawai imigresen bertugas.
No comments:
Post a Comment