Tuesday, April 9, 2013

POLIS BANTUAN DI BUNUH


Seorang anggota polis bantuan yang berkhidmat di Sarawak Energy Berhad (SEB) maut dipercayai akibat dibelasah sebelum ditinggalkan dalam keretanya di Jalan Permyjaya Utama di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Adrian Usus, 28, ditemui dalam keadaan kepalanya berlumuran darah dan tidak sedarkan diri oleh orang ramai yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.


Mangsa yang berasal dari Lawas kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 11.05 pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima laporan bedah siasat mayat mangsa.

"Bagaimanapun, kita akan menyiasat sama ada mangsa terlibat dengan pergaduhan atau sekadar dipukul individu tertentu. Buat masa ini, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya.
Stanley turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.


No comments:

Post a Comment