Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta menjelaskan mengenai dakwaan wujud satu operasi mencari 'pelanduk dua serupa' di Thailand bagi menyelamatkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada isu moral yang dikaitkan dengannya.Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, operasi itu dikatakan telah berjalan selama tujuh bulan, namun sehingga kini belum berhasil.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:1. Kita ingin bertanya Wan Azizah selaku Presiden PKR, betulkah wujud satu operasi untuk mencari 'pelanduk dua serupa' di Thailand bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim.Kita dengar operasi itu telah berjalan selama tujuh bulan, tapi masih lagi belum temui 'pelanduk dua serupa' tersebut.2. Kita juga ingin bertanya apakah 'pelanduk dua serupa' itu bersedia untuk menjadi kambing hitam membuat pengakuan bersumpah dalam bahasa Malaysia atau bahasa Siam mengaku dan mengatakan bahawa dia sebenarnya orang yang melakukan semua kegiatan liwat sejak 1985.3.
Untuk menambahkan lagi keyakinan rakyat, kita juga difahamkan bahawa ada usaha khas untuk mencari orang atau pelanduk dua serupa itu yang sanggup menyamar sebagai Yusof al-Qardawi, Shazryl Eskay dan juga Sidek Baba.Mereka akan disuruh buat akuan bersumpah untuk sokong teori konspirasi Anwar.4. Sebagai penganut dan pengamal falsafah matlamat menghalalkan cara, maka kita juga ingin bertanya apakah dalam keadaan yang semakin terdesak dan hampir lemas kini, maka taktik dan strategi ini akan diguna pakai sebagai senjata terakhir untuk menjayakan cita-cita Anwar untuk sampai ke Put_rajaya.
No comments:
Post a Comment