Thursday, April 4, 2013

KWSP urus dana RM57.67 bilion


Jumlah keseluruhan dana yang diuruskan oleh pengurus dana ekuiti dan pendapatan tetap luaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat kepada RM57.67 bilion setakat ini.


, Tan Sri Samsudin Osman berkata, jumlah tersebut mewakili kira-kira 11 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan milik dana persaraan utama negara itu.
"Ini bagi mempelbagaikan strategi dan seterusnya membangunkan industri pengurusan dana tempatan.


"Sebagai dana persaraan, KWSP sentiasa berhati-hati dan berhemah dalam Peruntukan Aset Strategik bagi mengoptimumkan pilihan pelaburan dan sekali gus memberi pulangan terbaik kepada ahli," katanya semasa menyampaikan ucapan di Anugerah Tahunan 


Pengurus Portfolio KWSP di sini malam ini.
Tambah Samsudin, KWSP setakat ini, telah membayar sejumlah RM148 juta fi pengurusan tahun lalu kepada pengurus dana luaran.
Katanya, ia dilakukan bagi mempelbagaikan strategi dan membangunkan lagi industri pengurusan dana tempatan.


Jelas beliau, KWSP sentiasa melakukan pemantauan teliti kepada setiap pengurus dana bagi memastikan mereka boleh memberikan pulangan terbaik kepada simpanan persaraan ahli.
" Pengurus portfolio berprestasi tinggi akan diberikan ganjaran manakala mereka yang gagal pula akan ditamatkan perkhidmatan," ujarnya lagi.
Bagi Anugerah Pengurus Portfolio Luaran 2012 menyaksikan 12 anugerah diberikan kepada pengurus portfolio luaran yang cemerlang.


Antara yang diberikan pengiktirafan adalah Nomura Asset Management Malaysia Sdn. Bhd. yang dipilih sebagai pemenang Pengurus Portfolio Ekuiti Domestik Pulangan Pelaburan Tiga Tahun Terbaik 2012 dan Pengurus Portfolio Ekuiti Antarabangsa Pulangan Pelaburan Tiga Tahun Terbaik 2012 bagi MSCI Ethical Asia (tidak termasuk Jepun dan Malaysia).
Aberdeen Asset Management Sdn. Bhd. pula dinamakan sebagai Pengurus Portfolio Ekuiti Domestik Terbaik 2012 dan Pengurus Portfolio Ekuiti Terbaik Antarabangsa bagi FTSE Ethical World Developed.


No comments:

Post a Comment