Sunday, April 14, 2013

KENAPA SAYA TINGGALKAN ANWAR : YUKTES VIJAY

Kebencian terhadap Anwar yang pernah saya jadikan idola timbul selepas demontrasi 3.0 di Kuala Lumpur tahun lalu. Untuk makluman, saya turut menyertai demo itu. Saya berada di sekatan polis paling hadapan, saya ternampak sekumpulan Anak Muda Malaysia (SAMM) menendang sekatan polis. Petugas-petugas Unit Amal PAS cuba menghentikan perbuatan itu tetapi ahli SAMM terus melakukannya. 



Selepas itu, pihak polis mula bertindak. Saya juga nampak Tian Chua berdiri berhampiran sekatan polis. Dalam suasana yang agak kecoh itu, saya terlihat pihak polis cuba menahan seorang lelaki manakala seorang wanita yang dipercayai kenalan lelaki itu cuba menghalang. Tanpa membuang masa , saya cuba menyelamatkan wanita terbabit.
Kemudian , berlaku pergelutan antara saya dan beberapa polis dan akhirnya saya terlantar di hadapan perkarangan Kelab DiRaja Selangor.
Ketika itu saya dapat melihat wajah sebenar Tian Chua. Beliau tahu saya bekerja untuk siapa . Sebagai seorang manusia ,Tian Chua sekurang2nya akan berdiam diri atau memberi saya air atau memberi saya air minum.


Sebaliknya Tian Chua terus memberi ceramah secara spontan dan mengaitkan saya sebagai 'mangsa keganasan polis'. Tian Chua tergamak menjadikan saya sebagai bahan untuk berceramah. Kecederaan yang saya alami agak parah dan saya dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama empat hari.


Semasa terlantar menahan kesakitan di hospital, tidak pernah walau sekali pun Anwar melawat saya atau menghubungi saya untuk bertanya khabar. Saya semakin geram dengan perangai Anwar setelah melihat rakaman Youtube yang menunjukkan beliau memberikan isyarat tangan kepada peserta demo untuk merempuh sekatan polis. Saya tahu peserta demo tidak akan bertindak begitu sekiranya tiada arahan daripada Anwar dan saya tahu arahan itu memang salah.


Sivarasa pernah menghubungi saya sebaik sahaja keluar dari hospital. Pada mulanya saya gembira kerana masih ada pemimpin PKR yang prihatin dengan nasib saya. Namun kegembiraan itu pudar apabila Sivarasa meminta saya menghadiri EGM Majlis Peguam tentang Bersih 3.0 pada 11 mei 2012. Sivarasa mahu saya mengumumkan bahawa bahawa saya dipukul anggota polis kerana membantu Anwar. Saya amat kesal dengan Sivarasa kerana saya ditangkap bukan atas sebab itu . Memang saya salah kerana menghalang tugas polis menahan peserta demontrasi. Saya tidak menghadiri EGM Majlis Peguam itu setelah Sankara Nair menasihatkan saya tidak perlu melakukan seperti yang diminta Sivarasa.

YUKTES VIJAY bekas pembantu kepada peguam Sankara Nair.

No comments:

Post a Comment