Wednesday, April 17, 2013

KU NAN : CALON BN DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA - Tiada perubahan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) yang diumum, semalam, bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan ia adalah muktamad.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana pemilihan dan saringan telah dibuat secara teliti oleh Pengerusi BN Datuk Seri  Najib Tun Razak.

Beliau berkata pembangkang akan berkata macam-macam kononnya, wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan anggota BN dan itu memang sudah dijangkakan.

"Tapi saya yakin semua dapat terima dengan hati terbuka, lagi pun aku janji telah dibuat dengan pengerusi parti," katanya kepada pemberita.

Tengku Adnan juga optimistik, dengan senarai calon tersebut BN mampu melakar keputusan lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua anggota parti, tindakan displin akan diambil oleh lembaga tatatertib, sekiranya ada anggota cuba mensabotaj parti.