SIAPA KATA KHALID TAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH AIR....??? .....HA NI BUKTINYA , DAH SELESAI PUN ....!!!
Namun jika kita meneliti perjanjian konsesi air, tanggungjawab menjaga kebersihan sungai dan kawasan tadahan air; memberi kelulusan kepada operator rawatan/bekalan air untuk membina rumah pam baharu serta membaiki dan menaik taraf loji dan rumah pam rosak dan uzur serta segala yang berkaitan dengannya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Selain itu tugas kerajaan Selangor juga adalah untuk membina loji-loji baharu untuk merawat air mentah yang dikatakan 'banyak sangat' di Selangor ini serta meluluskan perintah pembangunan atau pemberian tanah untuk pembinaan loji Langat 2 sebagai langkah jangka panjang menjamin kelangsungan bekalan air bersih pada masa depan.
Tetapi pengguna difahamkan bahawa cadangan Syabas yang dihantar kepada kerajaan Selangor pada 2009 untuk membina rumah pam baharu tidak diendahkan kerana sentimen politik sempit Khalid Ibrahim.
Tengoklah sendiri apa yang berlaku sekarang? Pengguna jelas menjadi mangsa ketiadaan bekalan air bersih lebih seminggu dan bakal berhadapan risiko ia berulang jika tidak diatasi segera.
Usahlah menangguk di air keruh. Sepatutnya sewaktu krisis bekalan air yang mula melanda sekarang (bukannya 2019 seperti sandiwara MB Selangor) secara ikhlas, berhikmah, baik hati, berlapang dada dan berjiwa besar Khalid Ibrahim sepatutnya menghulurkan tangan membantu Syabas mengatasi keresahan pengguna yang ditimpa masalah, bukannya menekan Syabas atau menyulitkan lagi pengguna.
Apa maknanya membangkitkan isu penstrukturan di saat-saat genting begini? Khalid juga berkata jika Syabas tiada wang hendak gantikan pam rosak ''Biar kami ambil alih Syabas dan kami akan ganti pam-pam baru.''
Di sini jelas terbukti bahawa Khalid benar-benar mempolitikkan isu krisis air pengguna demi agenda politik sempit beliau.
Baru-baru ini dalam sebuah akhbar tabloid, kerajaan Selangor dikatakan menangguhkan kelulusan pembinaan kolam air bersih di loji Sungai Langat yang perlu dinaik taraf untuk menyimpan air bersih kepada satu juta gelen sebelum dilepaskan dari loji kepada operator bekalan air (Syabas) untuk agihan pada pengguna.
Sebenarnya, pengguna bukannya jahil dan tidak tahu apa-apa mengenai krisis demi krisis yang melanda Selangor bermula semenjak Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan pada 2008.
Saya dan ramai lagi pengguna yang waras rasanya tidak akan menyaman Syabas kerana krisis air yang berlaku. Ini kerana rentetan demi rentetan peristiwa yang berlaku sejak 2008 membuktikan Khalid dan kerajaan pimpinannya gagal melakukan 95 peratus janji yang dilafazkannya termasuk janji manifesto.
Selepas Khalid menamatkan khidmat syarikat Alam Flora dan menggantikannya dengan arahan supaya PBT menguruskan kutipan sampah, apa yang terjadi selepas itu? Sampah bertimbun gagal dikutip dan rakyat mengeluh panjang. Ini pula hendak beri kerajaan Selangor ambil alih pengurusan air dan juga Syabas! Kita sudah menjangkakan natijah yang bakal berlaku jika ini menjadi kenyataan.
Sebaliknya pula, kita sendiri melihat kesungguhan Syabas membantu pengguna dengan pelbagai langkah seperti mengatasi aduan kerosakan dengan segera; menghantar lori-lori tangki air ke kawasan terjejas teruk; mendidik pelajar sekolah mencintai kebersihan sungai; membantu warga daif pelbagai kaum menerusi program Tabung Budi dan banyak lagi program tanggungjawab sosial korporatnya.
Kami yakin jika kerajaan Selangor tidak menghalang pemberian dana modal (CAPEX) kepada Syabas empat tahun dulu pasti paip-paip lama dapat diganti baharu dan banyak infrastruktur bekalan air dapat dibaiki dan diperkemaskan demi manfaat pengguna.
Secara analoginya, kita marahkan anak kita kerana tidak membeli barang-barang yang kita pesan dibeli di kedai sedangkan wang pembelian tidak kita berikan kepada anak kita, lantas kita menyalahkan anak kita kerana gagal penuhi hajat kita.
Samalah kisahnya dengan isu Menteri Besar Selangor menyalahkan Syabas dalam krisis bekalan air bersih yang berlaku selama ini dan agak kritikal sekarang ini
Saya yakin dengan kenyataan CEO Syabas baru-baru ini yang mendedahkan cadangan untuk mendapatkan kelulusan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada 2009 untuk membina rumah pam baharu bagi naik taraf rumah pam Wangsa Maju untuk tingkatkan kapasiti air bersih kepada 180 JLH sehari tidak dilayan Khalid Ibrahim. Malah Khalid syorkan 120 JLH sahaja.
Yang pasti kami akan membuat penilaian teliti dalam Pilihan Raya Umum ke -13 nanti kerana kami tidak mahu pisang berbuah dua kali dengan kesilapan memilih kerajaan yang kami harapkan merubah keadaan pada 2008 kepada lebih baik. Namun impian kami hanya tinggal impian semata-mata.
Insya-Allah perubahan yang akan rakyat lakukan kelak akan meletakkan titik noktah kepada pelbagai masalah di Selangor dan Lembah Kelang terutamanya masalah bekalan air dan kutipan sampah serta pelbagai kemelut lain.
Salam kepada semua,
ReplyDeleteSaya telah menulis artikel bertajuk, " memahami sistem perbekalan air di lembah Kelang dan projek langat 2 serta isu-isu berkaitan", berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang jurutera.
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html