Saturday, April 20, 2013

ELOK LAH MACAM TU , INI LAH YANG DI NAMAKAN DEMOKRASI


Krisis dalaman tidak dapat disembunyi

PENYOKONG Jenice Lee mengadakan demonstrasi di Ibu Pejabat DAP Cawangan Cheras, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 19 April - Krisis dalaman DAP Selangor tidak dapat disembunyikan lagi selepas kira-kira 100 ahlinya mengadakan demontrasi di Ibu Pejabat DAP Cawangan Cheras, dekat sini hari ini, bagi membantah pengguguran penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka juga secara terbuka menolak calon baharu di kerusi itu, Tiew Way Keng yang disifatkan tidak layak kerana tidak pernah berkhidmat di kawasan tersebut.
Dalam demonstrasi kira-kira empat jam bermula pukul 9.30 pagi itu, kumpulan tersebut turut membawa kain rentang bertulis 'Kami mahu Jenice Lee', 'Penduduk tidak mahu calon asing dari DAP' dan 'Kita berjuang bersama Jenice Lee'.
Mereka turut melaungkan kecaman terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Pengerusi, Karpal Singh dan Penasihat, Lim Kit Siang yang didakwa mempunyai kaitan sehingga menyebabkan Jenice digugurkan.
Penyokong DAP, Norma Kassim, 59, berkata, sekiranya pucuk pimpinan DAP tidak akur dengan permintaan ahli DAP supaya Janice dikekalkan mereka tidak teragak-agak memberi sokongan kepada parti lawan.
"Saya adalah penyokong kuat DAP, tetapi apa yang dilakukan pucuk pimpinan ini seolah-olah membelakangkan kehendak penyokong parti," katanya ketika ditemui selepas menyertai demontrasi itu.
Sementara itu, Simon Lee, 56, yang menyertai DAP sejak berusia 18 tahun berkata, dia dan penyokong DAP lain akan mengumpul dana daripada penduduk setempat bagi membolehkan Jenice bertanding sebagai calon Bebas di kawasan tersebut sekiranya DAP menolak permintaan mereka.
"Sejak kebelakangan ini, banyak masalah dalaman melibatkan pucuk pimpinan parti yang gilakan kuasa. Jika begini hala tuju DAP, tidak mustahil suatu hari nanti, parti ini akan terkubur," katanya.
Bagi Khoo Kian Seong, 36, pula, dia berkira-kira memberi sokongan kepada parti lawan dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kemelut terbaharu itu meskipun sebelum ini tidak pernah mengundi parti lain selain DAP.
"Keputusan pucuk pimpinan parti ini membuatkan saya berfikir semula sama ada perlu mengundi parti lain," katanya.


No comments:

Post a Comment