Thursday, April 4, 2013

PERJUANGAN MENERUSKAN KEGEMILANGAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berazam untuk terus berjuang mengisi wawasan negara sekiranya beliau diberi mandat baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan tidak lama lagi.Najib berkata, sejak menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri empat tahun lalu, beliau telah bekerja sebagai satu pasukan dengan anggota Jemaah Menteri dan penjawat awam untuk membawa kejayaan kepada negara.'Saya dan rakan-rakan lain termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, anggota Kabinet, anggota pentadbiran, Ketua Setiausaha Negara, penjawat awam dan sebagainya bekerja sebagai satu pasukan.''Pasukan kami beriltizam untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan," katanya ketika berucap dalam program Kayuhan Patriotik 1Malaysia yang disertai kira-kira 10,000 orang di sini hari ini.

.Program tersebut yang diadakan sempena ulang tahun keempat Najib menerajui kerajaan Malaysia turut dihadiri Muhyiddin, menteri-menteri, pegawai kanan kerajaan, artis tempatan dan pelbagai lapisan masyarakat.Dalam majlis itu, Najib turut menyatakan kesyukuran kerana berjaya memikul tanggungjawab sebagai pemimpin utama Malaysia sejak empat tahun lalu.''Hari ini genaplah empat tahun saya menjadi Perdana Menteri Malaysia, saya bersyukur.''Dengan perasaan tawaduk dan rendah diri, (saya) memegang dan menggalas amanah tersebut dengan memberi segala khidmat yang terdaya," katanya.Najib turut menyatakan komitmen beliau untuk mempertahankan Putrajaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.''Berkat doa sokongan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita memulakan perjalanan di Putrajaya. Kita hendak pertahankan Putrajaya," katanya.

No comments:

Post a Comment