Monday, April 22, 2013

ANWAR TINGGALKAN PERMATANG PAUH

Bukit Mertajam: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempedulikan untung nasib penduduk Permatang Pauh kerana matlamatnya hanya untuk mendapatkan undi dan menang pilihan raya. Ia terbukti dengan tindakan Anwar yang jarang balik ke kawasan yang diwakilinya selepas menang pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008.

 Malah, beliau meninggalkan Permatang Pauh sehari selepas penamaan calon kerana ingin menjelajah ke seluruh negara sepanjang 14 hari tempoh kempen yang masih berbaki.Calon BN Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail, berkata sikap Anwar yang sanggup meninggalkan kawasan itu kerana mahu memberi tumpuan terhadap kempen pakatan pembangkang membuktikan beliau hanya mempergunakan penduduk untuk kepentingan peribadi.

Tak peduli perasaan Katanya, sikap Anwar itu didorong dengan perasaan takbur kerana yakin mempertahankan Permatang Pauh yang dianggap kubu kuatnya tanpa mempedulikan perasaan dan nasib rakyat yang selama ini memberi undi. “Bayangkan dalam tempoh kempen Anwar tidak dapat memberi komitmen kepada penduduk Permatang Pauh kerana sibuk berkempen di seluruh negara.

 Terlalu yakin menang “Sikap Anwar yang terlalu yakin ini sebenarnya tidak adil kepada rakyat Permatang Pauh yang selama ini memberi sokongan terhadap beliau,” katanya selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Tanah Liat, Penanti, di sini, semalam. Beliau diiringi calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Ibrahim Ahmad. Beliau mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa tidak dapat berkempen di Permatang Pauh pada PRU-13 kerana perlu memberi tumpuan terhadap kempen pakatan pembangkang pada peringkat nasional, termasuk di Sabah dan Sarawak.

 Mazlan berkata, tindakan Anwar itu memberi laluan lebih mudah kepadanya BN untuk memantapkan kempen, selain berjanji akan menawarkan khidmat terbaik kepada penduduk di kawasan itu. Manfaatkan keadaan “Saya beruntung sebab Anwar tidak berada di sini sepanjang tempoh kempen dan peluang itu akan dimanfaatkan calon BN untuk mendekati seberapa ramai rakyat, termasuk menggempur kawasan hitam di Permatang Pauh,” katanya.

No comments:

Post a Comment