Saturday, April 20, 2013

ANWAR TERDESAK : BAWA 2 MAMAT DARI THAILAND


Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa dua lelaki Thailand yang mirip dengan beliau serta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali merupakan tindakan terdesak Ketua Pembangkang itu membersihkan namanya dan Mustafa berhubung isu video seks.


Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, rakyat di kawasan berkenaan perlu menolak cubaan Anwar memperdaya mereka dengan strategi tersebut.


Berikut adalah kenyataan penuh Ruslan:
l Kita percaya tindakan Anwar Ibrahim membawa dua individu dari Thailand yang menyerupai dirinya dan seorang lagi, Mustafa Ali merupakan usaha terdesak Ketua Pembangkang itu menipu dan mengelirukan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 terutama pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

l Kita yakin dua individu dari Thailand itu dibayar dengan harga tinggi untuk menutup keaiban kedua-dua pemimpin pembangkang itu.

l Kita yakin tindakan menghalalkan cara itu merupakan strategi terakhir Anwar untuk membersihkan namanya dan Mustafa daripada dikaitkan dengan isu video seks yang tersebar meluas ketika ini.

l Kita menjangkakan Anwar dan penyokongnya akan menyebarkan kira-kira satu juta risalah palsu di Parlimen Permatang Pauh kononnya dirinya mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al- Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri dan bersih daripada dikaitkan dengan isu moral.

l Kita yakin pendedahan palsu itu adalah cubaan Anwar untuk meyakinkan pengundi Parlimen Permatang Pauh kononnya beliau lebih baik daripada calon kerusi Parlimen yang mewakili Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Pulau Pinang, Dr. Mazlan Ismail.