Monday, March 18, 2013

JANGAN PERCAYA MEREKA

JAFERI - DAP PERCAYA ANWAR DAN AZMIN TERLIBAT SKANDAL.....
By: AIDC.

PADA 2 Februari lalu Jafrei Nordin, 47, telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu apabila had kesabarannya tidak lagi dapat dibendung selepas melihat betapa ‘berkuasanya’ DAP dalam kerajaan negeri Selangor.

Paling menyentuh hatinya apabila melihat bekas Pesuruhjaya Selangor dan juga bekas exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali dipecat daripada Pas kerana tindakannya yang begitu keras mempersoalkan tumbuhnya rumah-rumah urut di Selangor. Begitu juga dengan pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama Pas yang turut meninggalkan kesan kepadanya.

Agak memeranjatkan juga pendedahannya berhubung pandangan DAP terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama mengenai dakwaan skandal video seksnya membabitkan seorang pelacur China yang sebelum ini telah menimbulkan kontroversi.

Kepada wartawan, SAIFULIZAM MOHAMAD dan KASTHURI JEEVENDRAN, beliau juga berjanji akan membuat beberapa pendedahan lagi bagi menggambarkan watak sebenar pembangkang.

UTUSAN: Bagaimana saudara boleh terlibat dengan DAP dan kemudian bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu?

JAFREI: Sekitar 2004-2005, saya merasakan senario politik di negara ini berada dalam keadaan memerlukan anjakan paradigma. Untuk itu kita amat memerlukan pembangkang tujuannya membuat ‘check and balance’. Kita tidak boleh kata kerajaan sempurna, kita tidak kata kerajaan sedia ada ini boleh diberi markah ‘A’. Mungkin kita boleh beri pangkat ‘B’ atau ‘C’ tetapi bukannya ‘F’. Maknanya boleh diperbaiki. Kita memerlukan pembangkang untuk memberikan teguran supaya negara ini lebih makmur, aman dan progresif.

Selepas Pilihan Raya Umum-12 (PRU-12) berlaku tsunami politik di mana pakatan pembangkang berjaya menguasai beberapa negeri dan daripada situ mula menampakkan peralihan geopolitik negara. Ini termasuk kepercayaan rakyat, harapan rakyat, pandangan rakyat serta hala tuju negara ini. Melalui manifesto pembangkang pada masa itu, ada sebahagian rakyat yakin pembangkang boleh membawa perubahan.

Hasilnya, mereka menguasai Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Di Perak pula, terdapat politik ‘struggle’ yang mana Barisan Nasional (BN) berjaya mengambil Perak daripada pembangkang. Jadi untuk saya mendampingi pembangkang secara lebih rapat dan untuk memahami perjuangan pembangkang, memahami manifesto mereka, saya kemudian diberi kepercayaan untuk membantu YB Ronnie Liu sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor.

Apakah kriteria-kriteria utama yang ada pada saudara sehingga diberi kepercayaan untuk membantu Ronnie dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai Exco?

Secara profesional, saya adalah seorang jurutera awam dan menjalankan perniagaan sendiri. Tiada paksaan dalam perkara ini dan secara rela hati saya bersetuju membantu Ronnie ketika itu. Sebagai pembantu, saya lebih terdedah dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dengan pemaju, berkaitan isu tanah dan sebagainya. Saya kadang-kadang mewakili beliau dalam mesyuarat-mesyuarat penting. Saya turun padang di sekitar Selangor.

Secara rasmi saya mula bertugas di bawah beliau pada 1 Julai 2008. Saya ada berbincang dengannya memandangkan saya juga berniaga. Ronnie ada menerangkan sedikit sebanyak apa yang perlu saya lakukan. Beliau kelihatan begitu fleksibel dan memahami. Bila perlu, saya datang pejabat. Bila ada program, saya akan turun dan sebagainya. Dari situ saya mula mempunyai hubungan cukup rapat dengan beliau.

Apa komen saudara berhubung ulasan Ronnie dalam isu ini?

Saya ada dokumen pelantikan saya. Saya juga tidak faham dengan beliau, mengapa beliau menafikan pelantikan saya. Seolah-olah saya tidak wujud dalam hidup beliau. Saya datang dengan niat baik, untuk membantu beliau dan percaya dengan perjuangan beliau. Saya berkorban wang ringgit, tenaga dan masa kerana saya percayakan beliau. Saya mengenali Ronnie sebelum PRU lagi. Tapi yang peliknya, kini Ronnie pula tidak mengenali saya.

Apakah puncanya saudara adakan sidang akhbar di Pulau Pinang pada 8 Februari lalu?

Saya mahu meluahkan rasa tidak puas hati saya. Apabila saya mula lama bersama mereka, apabila mula mengenali pembangkang secara rapat dan dekat, barulah kita nampak semuanya dengan jelas. Antaranya, cakap tak serupa bikin, janji tinggal janji. Indah khabar dari rupa.

Mengapa saudara memilih DAP?

Saya melihat politik dalam persepsi saya. Saya melihat DAP sebagai sebuah parti yang bakal mendominasi dalam pakatan pembangkang di Selangor. Walau apa pun saya bukan orang politik tetapi saya adalah aktivis politik. Pandangan politik saya adalah berdasarkan perjuangan parti. Jika perjuangan yang mereka uar-uarkan itu bagus, saya adalah orang pertama akan menyatakan sokongan dan jika tidak saya orang pertama yang akan menyanggahnya.

Apa pandangan DAP terhadap kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

DAP sering menganggap kepimpinan Anwar Ibrahim serta Azmin Ali sangat rapuh. Apabila berlaku skandal ‘China Doll’, DAP parti yang pertama yang kata, ‘Yes’ ‘This is right’, ‘This is him‘ di peringkat dalaman. Tetapi di peringkat pandangan umum di luar, mereka juga parti pertama yang menafikan skandal tersebut. Begitu juga Azmin. Parti yang pertama meyakini Anwar dan Azmin terlibat dalam skandal ialah DAP. Tetapi secara luaran, DAP juga parti pertama menafikan perkara tersebut kerana itu sekutu mereka. ‘Kita satu parti pembangkang, kita kena sokong antara satu sama lain’.

Apakah sebenarnya punca menyebabkan saudara mengambil keputusan meletakkan jawatan?

Saya ingin nyatakan yang DAP tidak gerun dengan BN dan UMNO. Pada DAP, UMNO dan BN akan tewas pada PRU-13 akan datang. Yang mereka risau sebenarnya adalah Pas. Walau bagaimanapun DAP berjaya mengesan kelemahan di pihak Pas.

Sebagai contoh, isu pemecatan Datuk Hasan Ali sebagai ahli Pas dan Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama Pas. Hasan dikeluarkan kerana vokal dalam mempersoalkan isu-isu rumah urut yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Nasharudin pula dipecat daripada majlis syura ulama kerana menampakkan sokongan kepada kerajaan walhal beliau bersama Perdana Menteri ke Gaza kerana atas urusan kesepaduan umat dan penyatuan umat. Tetapi perkara ini sengaja dipolitikkan sehingga beliau tersingkir daripada majlis syura.

Melihat kejadian-kejadian ini menyebabkan saya membuat keputusan untuk menceritakan kejadian sebenar yang sedang berlaku dalam pakatan pembangkang sama ada mengenai agenda atau hala tuju politik mereka. Saya juga ingin rakan-rakan dalam Pas membuka mata , minda dan melihat apa yang sedang berlaku.

Antara permainan politik mereka yang lain DAP cuba membawa masuk Datuk Seri Zaid Ibrahim. Jika DAP berjaya meyakinkan Zaid untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), ini juga bermakna calon DAP boleh menjadi Menteri Besar di Selangor. Pada masa sama, mereka akan menafikan hak calon PKR untuk menjadi Menteri Besar. Sudah ada percanggahan di situ. Begitu juga di Perak. Mereka akan menggunakan calon liberal Melayu. DAP ketika ini sangat berkuasa.

Sejak bila anda sedar percaturan politik DAP ini?

Sejak daripada awal penglibatan saya dalam DAP pada tahun 2008. Apabila saya bersama mereka, mereka anggap saya bersama mereka. Mereka mendedahkan perkara-perkara ini secara terbuka. Saya lihat dan memahami segala-galanya. Dalam hati, saya tahu agenda ini sangat berbahaya.

Saya beri contoh, saya nampak percambahan pusat-pusat judi dan rumah urut dengan sangat banyak di Selangor. Jika kita bandingkan dengan zaman BN dahulu, ini lebih teruk. Ini juga sekali gus mengakibatkan berlakunya masalah sosial bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi orang Cina dan India.

Saya sebenarnya tidak nampak cara pentadbiran DAP akan menambah baik bidang sosial. Ini adalah realiti yang sedang berlaku ketika ini di Selangor. Dalam mesyuarat, Hasan selalu membuat teguran, tetapi kini anda nampak sendiri apa yang terjadi kepadanya.

Adakah perkembangan yang berlaku di dalam DAP dan pembangkang benar-benar menyebabkan saudara tawar hati?

Semua ini menyebabkan saya tawar hati. ‘Enough is enough‘. Saya tidak sanggup menjadi salah seorang gerombolan yang akan menyebabkan masa depan anak-anak kita hancur jika kita biarkan mereka meneruskan hasrat untuk memerintah. Ini baru peringkat negeri, belum sampai ke tahap persekutuan lagi.

PKR ini pun satu, mereka suka cakap, biar mereka menang dulu, baru runding dengan DAP. Apakah mereka ini tidak faham? Mereka ingat DAP bodoh. Adakah DAP akan berunding atau bertolak ansur dalam apa jua perkara andai mereka menang dan dominasi? Jangan pandang rendah pada keupayaan DAP yang mempunyai pengaruh yang sungguh besar dan luas.

Adakah benar dakwaan amalan demokrasi oleh kerajaan kita di Malaysia mengecewakan? Apa komen saudara?

Tunjukkan saya kerajaan yang sempurna di dalam dunia ini. Beritahu saya mana negara yang sempurna. Tidak ada. Dalam Kabinet Malaysia semua bangsa ada. Ada Melayu ada Cina ada India ada Kadazandusun. Adakah itu bukan satu demokrasi. Jika demokrasi kita ini bersifat primitif, katakanlah pangkat `F’ teruk sangat oklah buatlah Bersih 1.0 atau Bersih 2.0 atau Bersih 10 sekalipun tetapi masalahnya himpunan Bersih yang mereka buat itu tidak betul dan salah kerana mencetuskan huru hara. Perkara itu telah pun ditegur oleh bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Sebut mengenai demokrasi, pemilihan CEC DAP pun kelam kabut dan sehingga kini masih belum selesai.

Apabila DAP menganggap dirinya hebat daripada orang lain, apakah kesan yang akan berlaku memandangkan DAP hanya menonjolkan hanya satu kaum sahaja?

Itulah masalahnya. Di satu pihak kita cakap mengenai keharmonian, bersatu padu tetapi di satu pihak lagi ingin menonjolkan satu kaum, bahaya. Malaysia, semua orang tahu bidang ekonomi dikuasai oleh satu kaum. Oleh itu, jika kita biarkan politik dikawal oleh satu kaum saya kira kita akan tahu apa kesannya. Pengagihan kekayaan negara, pengagihan kuasa politik dan pengagihan tentang menjaga keharmonian negara perlu dilakukan secara efektif dan secara adil. Tidak boleh ada satu bangsa mengawal sepenuhnya satu sektor.

Jika ini terjadi akan berlaku satu pergaduhan yang saya fikir lebih teruk daripada peristiwa 13 Mei 1969. Adakah kita mahu perkara ini berlaku? Jadi, seperti yang saya sebutkan tadi sekiranya ada pihak mendakwa demokrasi di Malaysia sangat primitif saya akan kata tidak. Negara kita tidak sempurna tetapi tidaklah teruk sangat. Pertumbuhan ekonomi kita bagus, pelancong pun ramai, orang masih boleh bekerja, masih boleh bawa anak-anak makan angin. Hari Raya kita masih boleh kunjung-mengunjung. Inilah kita. Sifat kita sebagai rakyat Malaysia.

Apa yang saudara harapkan selepas mengadakan sidang akhbar di Pulau Pinang ketika mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Ronnie Liu?

Bila saya mengadakan sidang akhbar di Pulau Pinang, saya mengharapkan supaya pendedahan ini sedikit sebanyak mendapat perhatian. Sudah pasti Ronnie tidak berpuas hati sehingga satu peringkat menafikan kewujudan saya dalam pentadbiran beliau. Orang seperti saya yang yakin dengan kepimpinan pakatan pembangkang pada satu masa, tidak pernah buat salah kepada beliau (Ronnie), tidak pernah memfitnah beliau telah dipinggirkan begitu sahaja. Maksud saya jika orang seperti ini diberikan kuasa apa akan jadi seterusnya?

Mungkin akan ada pihak yang menuduh saudara menangguk air yang keruh?

Itu persepsi mereka. Niat saya amat jujur dalam memperkatakan isu-isu yang saya rasakan relevan khususnya kepada rakyat Selangor dan rakyat Malaysia amnya dan daripada titik tolak itu saya serahkan kepada rakyat untuk membuat pertimbangan. Bukan saya minta mereka sokong BN, tidak. Cuma saya memberi opsyen iaitu pihak mana yang sepatutnya dipilih.Ini berdasarkan kepada pengalaman saya. Selama ini saya berada di dalam kelambu bersama DAP dan pembangkang.

Apa pandangan saudara mengenai pemilihan CEC di Pulau Pinang, baru-baru ini?

DAP selalu melaungkan demokrasi. Kerajaan BN tidak demokratik. Kerajaan BN dasar demokrasinya perlu diperhalusi. Apabila kita melihat cara CEC dijalankan, cara CEC ditadbirkan saya yakin anda tahu apa jawapan saya. Saat-saat akhir Zairil Khir Johari Abdullah dilantik sebagai anggota CEC sebab apa?

Sebab hendak beri muka kepada orang Melayu. Kata mereka ini soal teknikal. Kalau hendak diikutkan tidak ada seorang pun orang Melayu di dalam CEC. Siapa yang rasis sekarang? Sebenarnya berdasarkan undang-undang, kerajaan boleh mengarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan penubuhan DAP. Kita boleh katakan DAP tidak mengamalkan demokrasi sebab DAP telah melanggar syarat dan peraturan ROS. DAP terlalu sibukkan hal orang tetapi rumah tangga sendiri tidak terurus.

No comments:

Post a Comment