Friday, March 29, 2013

DAP NAFI HAK MENGUNDI


Perwakilan DAP dakwa dinafikan hak mengundi

TAN Tuat Tat (kanan) bersama G. Manimaran dalam sidang akhbar dakwaan dinafikan hak mengundi di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Mac - Seramai tiga perwakilan daripada DAP tampil mengemukakan bukti parti tersebut 'sengaja' tidak membenarkan mereka mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) hujung tahun lalu.
Ahli Jawatankuasa DAP Taman Seri Sungai Pelek, G. Manimaran mendakwa, senarai empat perwakilan yang akan menghadiri Kongres DAP Kebangsaan lalu dari cawangan tersebut sudah dihantar kepada DAP Selangor pada Ogos 2012.
Katanya, perwakilan itu termasuk beliau, bekas Ketua Cawangan, Tan Tuan Tat, selain Penolong Setiausaha, Wong Yu Liuh dan ahli jawatankuasa, Ong Poh Teh.
"Senarai tersebut telah diiktiraf oleh DAP sebelum Tuan Tat meletak jawatan daripada cawangan kami. Selepas itu, kami tidak menerima apa-apa berita daripada DAP termasuk jemputan menghadiri kongres kebangsaan. Tiba-tiba sahaja cawangan kami dianggap seperti tidak wujud.
"Mengapa kami bertiga tidak dijemput dan dinafikan hak untuk memilih 20 orang dalam CEC berkenaan, sedangkan sebelum ini DAP telah mengiktiraf kami?," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar berhubung perkara itu di sini hari ini.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim baru-baru ini mendedahkan kegagalan parti itu memaklumkan kepada 753 daripada 2,576 ahlinya untuk menghadiri pemilihan CEC berkenaan pada 15 Disember tahun lalu.
Manimaran yang juga ahli seumur hidup menggesa DAP supaya bersikap demokratik dan telus dengan mengadakan pemilihan semula dan memanggil 753 perwakilan yang tidak dijemput untuk mengundi.
"Jika benar DAP telus dan demokratik, saya minta mereka bersikap adil dengan mengadakan pemilihan semula. Pemilihan lepas tidak sah. Terlalu banyak keraguan dan manipulasi.
"Saya masih setia dengan parti ini. Saya minta kepimpinan tertinggi tidak mengetepikan hak dan suara kami hanya kerana segelintir daripada kami mempunyai pendapat yang berbeza terhadap pemimpin parti," tegasnya.
Sementara itu, Tuan Tat yang juga bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor turut memberikan amaran agar DAP segera membuat pemilihan semula sebelum 753 perwakilan tampil mendapatkan pembelaan.
"Ramai lagi perwakilan yang layak mengundi pada pemilihan CEC lepas akan tampil membuat aduan serta pendedahan dalam masa terdekat," katanya.


No comments:

Post a Comment