Monday, February 4, 2013

TAHALUF ITU BERSYARAT

BAGAIMANA TAHALUF PAS DENGAN DAP ?

Tahaluf apa pun ia akan sentiasa bersyarat.Saya antara yang terlibat pada penubuhan tahaluf bersama dengan pakatan ini.Saya ingat lagi arahan yang dibuat oleh bekas Presiden Pas,Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang meminta saya mengumpulkan 13 orang pemimpin gerakan Islam sedunia selama tiga hari di Lester,United Kingdom.Ia turut disertai oleh 13 pemimpim Pas.Pada waktu itudi bincangkan konsep tahaluf ini dari sudut syarak.Dan dari sudut realiti politik Malaysia dan akhirnya keputusan dibuat bahawa Pas boleh bertahaluf dengan kumpulan atau parti yang ingin membawa satu perubahan dalam konteks negara kita.Tetapi tahaluf itu ada syarat-syaratnya dan antara syarat-syarat itu adalah hal-hal yang berkaitan dengan prinsip.Pas tidak boleh begitu mudah untuk menjual prinsipnya.
         Alhamdullilah,prinsip-prinsip itu kekal dalam konteks Pas.Tetapi kadangkala Pas juga diasak oleh tuntutan-tuntutan politik semasa yang sepatutnya perkara itu diperjuangkan oleh Pas.Seperti isu penggunaan kalimah Allah ini,pendirian Majlis Syura Ulama,bagi saya adalah pendirian yang cukup tepat.Wlaupun saya bukan ahlinya tetapi saya dukung sepenuhnya pendirian tersebut.Ini yang dinantikan oleh umat Islam walaupun status Majlis Syura Ulama tidak sama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi dilihat orang seperti fatwa.

http://teamediaselangor.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment