1. Bila dan dimana Rasul SAW dilahirkan?
Hari Isnin, 12 Rabiul Awwal [ربيع الأول] di Mekah pada tahun Gajah [عام الفيل]. Kalau mengikut calendar Masihi ialah pada 23 April 571M.
Dari Abi Qatadah r.a [أبي قتادة] berkata bahawa Rasulullah SAW ditanya kenapa berpuasa pada hari Isnin. Maka jawab baginda, “Hari itu aku dilahirkan”. [HR Muslim]
عن أبي قتادة أن رسول الله سئل عن صوم يوم الإثنين، فقال: ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ.
[رواه مسلم]
2. Sebutkan nasab Rasulullah SAW?
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah:
محمد بن عبد الله بن عبد المطلب بن هاشم بن عبد مناف بن قصي بن كلاب بن مرة
3. Apakah hikmah dari kemuliaan nasab Rasulullah SAW?
Sebagai pematah hujah pihak musuh Islam untuk mencela risalah dakwah. Kerana jikalau rasul itu datang dari keluarga penipu sudah tentulah kredibiliti seorang rasul boleh dipertikaikan.
4. Siapa nama ayah Rasulullah SAW dan bilakah beliau mati?
Abdullah bin Abdul Mutalib [عبد الله بن عبد المطلب], mati dipangkuan bapa saudaranya Bani Adi bin Najjar [بني عدي بن النجار] ketika pulang dari berniaga di Madinah dan dikuburkan disana. Ketika itu Rasulullah SAW masih dalam kandungan perut ibunya. Firman Allah dalam Surah al-Dhuha ayat 6:
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى (٦)
Ertinya: Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
5. Sebutkan sebahagian nama-nama bagi Rasulullah SAW?
Yang paling masyhur ialah Ahmad [أحمد] dan Muhammad [محمد]. Kata Ibnu Hajar antara keduanya nama Muhammad lebih popular. Selain itu nama Mustafa [مصطفى], al-Aqib [العاقب], al-Mahi [الماحي], al-Hasyir [الحاشر], Taha [طه] dan Yasin [يس].
6. Berapa kali nama Rasulullah SAW disebut dalam al-Quran?
Nama Muhammad disebut sebanyak 4 kali iaitu pada:
1. Surah Ali Imran [سورة آل عمران] ayat 144:
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ (١٤٤)
Ertinya: Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
2. Surah al-Ahzab [سورة الأحزاب] ayat 40:
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا (٤٠)
Ertinya: Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
3. Surah Muhammad [سورة محمد] ayat 2:
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ (٢)
Ertinya: Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).
4. Surah al-Fath [سورة الفتح] ayat 29:
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا (٢٩)
Ertinya: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
Dan nama Ahmad disebut 1 kali pada Surah al-Saff [سورة الصف] ayat 6:
وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِوَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُبِينٌ (٦)
Ertinya: Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”
7. Apakah arahan pertama dari Allah SWT untuk Rasulullah SAW?
Dari Abi Umamah [أبي أمامة] bahawa dia bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah yang pertama diperintahkan? Lalu dijawab Rasulullah SAW, “Seperti seruan (doa) bapaku Nabi Ibrahim, berita gembira Nabi Isa kepada kaumnya dan mimpi ibuku yang telah melihat cahaya menerangi istana-istana Syam.” [HR Ahmad]
عن أبي أمامة قال: قلت: يا نبي الله ! ما كان أول بدء أمرك ؟ قال: دعوة أبي إبراهيم، وبشرى عيسى ورأت أمي نوراً أضاءت منه قصور الشام.
[رواه أحمد]
Maksud seruan Nabi Ibrahim ialah apa yang termaktub dalam Surah al-Baqarah [سورة البقرة] ayat 129:
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (١٢٩)
Ertinya: “Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
Yakni mengajar akan isi kandungan al-Quran dengan penuh bijaksana dan mengajar tauhid kepada umat manusia.
Maksud berita gembira Nabi Isa seperti termaktub dalam Surah Saff [سورة الصف] ayat 6:
وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ
Ertinya: Dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad”.
Yakni memberi khabar gembir rasul terakhir telah lahir, memberi berita gembira kepada orang beriman.
Dan maksud ibu baginda melihat cahaya menerangi istana Syam ialah isyarat tersebarnya cahaya hidayah ke seluruh alam dan terhapuslah kegelapan kesyirikan - menurut kata Ibnu Rejah [ابن رجب]. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Maidah [سورة المائدة] ayat 15-16:
قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ (١٥) يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (١٦)
Ertinya: Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (15) Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (16)
8. Siapakah bapa saudara Rasulullah SAW yang tidak memeluk Islam dan siapa yang memeluk Islam?
2 orang tidak memeluk Islam iaitu Abu Talib [أبو طالب] nama sebenar Abdu Manaf [عبد مناف], Abu Lahab [أبو لهب] nama sebenar Abdul Azza [عبد العزى].
Dan 2 orang peluk Islam iaitu Hamzah [حمزة] dan Abbas [العباس].
9. Siapakah yang menjadi ibu susuan Rasulullah SAW?
Suwaibah [ثويْبة] orang gaji Abu Lahab kemudian diambil alih Halimatus Sa’diah [حليمة السعدية] di kawasan badawi selama 4 tahun.
10. Dimana Rasulullah SAW menyusu?
Di kawasan Bani Saad [بني سعد] dan ibu susuannya bernama Halimatus Sa’diah [حليمة السعدية].
No comments:
Post a Comment