Adakah kematian Teoh Beng
Hock disebabkan oleh kecuaian
kerajaan seperti yang didakwa oleh
pembangkang?
• T idak sama sekali. Kerajaan memandang berat isu ini kerana kematian yang berlaku di kawasan bangunan awam adalah perkara yang serius. Isu ini telah dipolitikkan dengan serta-merta oleh parti pembangkang khususnya DAP yang cuba menjadikannya isu perkauman.
• Kerajaan telah menubuhkan Mahkamah Koroner (Inkues) untuk mengenal pasti punca kematian Teoh dengan meneliti semua bukti dan saksi, termasuk yang melibatkan pakar forensik terkemuka.
• Keputusan Mahkamah Kor oner secara“Open Verdict” menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat dan mereka mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk mencari
kebenaran.
• YAB Perdana Menteri bertindak pantas mengisytiharkan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuh untuk membuat siasatan berdasarkan ‘Terms of Reference’ (TOR) yang telah ditetapkan.
• Jika Kerajaan terlibat dalam kematian Teoh, ia tidak perlu mengambil langkah-langkah
tersebut. Malangnya, perkara ini terus dipolitikkan hingga apa jua hasil siasatan,
tidak diterima.
No comments:
Post a Comment