Sunday, December 2, 2012

Kebebasan dan hak asasi manusia menurut cara barat.

Barat patut cermin dulu muka mereka sebelum bercakap tentang hak asasi manusia.

Barat seringkali mencanang hak kebebasan bersuara. Pemimpin dan pemilik media di barat seringkali bersyarah tentang hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan sebagainya serta mendesak kerajaan yang mereka rasakan tidak demokratik agar memen
uhi tuntutan-tuntutan dunia kononnya.
Malangnya disesetengah tempat di barat seperti yang kita tahu pemimpin mereka mengawal selia media mereka dan memastikan apa yang patut dan perlu untuk disiarkan. Inilah sikap double standard dan hipokrit media barat.
Di Eropah Orang awam di sana tidak bebas mengkritik bangsa Yahudi. Adalah haram di Eropah untuk mengkritik bangsa Yahudi apatah lagi jika mengutuk. Bahkan undang-undang telah digubal di banyak negara Eropah yang menjadikan ia haram bagi sesiapa sahaja untuk mempertikaikan mana-mana aspek Holocaust. Tiada siapa boleh mempersoalkan dakwaan bahawa 6 juta Yahudi dibunuh dalam Holocaust.
Oleh itu, apabila David Irving seorang ahli sejarah British meragui angka 6 juta, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan di Austria walaupun pendapatnya tidak dinyatakan di negara itu. Sejak itu tiada siapa yang berani secara terbuka mempersoalkan kebenaran bilangan orang-orang Yahudi yang dibunuh oleh Nazi.
Sebaliknya apabila seorang rakyat Amerika membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membuat filem menghina umat Islam dan menrendah-rendahkan Nabi SAW,dipertahankan oleh kerajaan Amerika dengan menyatakan bahawa ini merupakan manifestasi kebebasan bersuara. Umat Islam diminta rasional dan tidak melakukan keganasan. Tidakkah seharusnya mereka terlebih dahulu menasihati rakyat mereka supaya rasional dan jangan menimbulkan kemarahan umat Islam...???
Reaksi kepada filem ini oleh umat Islam, termasuk pembunuhan diplomat Amerika Syarikat dikutuk sebagai melampau dan tidak bertamadun. Umat Islam diminta untuk memahami bahawa pengeluar filem hanya menjalankan haknya. HAK CUMA UNTUK SEORANG PENGELUAR FILEM, TETAPI HAK KESELURUHAN UMAT ISLAM DINAFIKAN.
INILAH BENTUK KEBEBASAN BERSUARA YANG INGIN DIBAWA OLEH BARAT KEPADA KITA.


MFH.

No comments:

Post a Comment