Wednesday, November 7, 2012

SULTAN TERGEJUT , KENYATAAN NURUL IZZAH MENGELIRUKAN.




Berikut ialah kenyataan penuh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berhubung kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dalam Forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?’ di Subang Jaya, Selangor Sabtu lalu.
“Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terkejut dan kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, dalam Forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?’ seperti mana yang disiarkan dalam akhbar dan media tempatan pada 4 dan 5 November 2012 yang berkata ‘‘apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
MAIS khuatir kenyataan yang sedemikian boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam di Selangor berikutan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin kanan pakatan pembangkang yang kini mentadbir kerajaan negeri Selangor itu.
MAIS menegaskan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan sendiri tanpa sebarang paksaan.
Walau bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak lagi bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam. Sebagai orang Islam, mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Agama Islam Selangor dan pelindung hak dan kepentingan bangsa Melayu begitu terkejut dengan kenyataan tersebut dan menolak sama sekali sebarang pandangan bahawa orang Melayu mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain.
Seterusnya, Islam adalah salah satu syarat yang menentukan status sebagai orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, pemikiran liberalisme atau pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam perlembagaan serta undang-undang sedia ada.
Sebagai Penasihat Tuanku Sultan Selangor, MAIS akan bertegas dalam membantu baginda dalam bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung, mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor.
MAIS bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sesekali menggadai kedudukan, fahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
MAIS telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya.


1 comment:

  1. Apa alasan nurul izzah sekarang, adakah masih nak menegakkan benang beliau yg memang dah basah dan tak pernah kering. Sekarang rakyat Malaysia nak tahu apa pulak ulasan dari MURSYIDUL AM dan ULAMAK PASTIPU mengenai perkara tersebut. Apakah nik aziz akan kata bolih dan tak salah apa yang diucapkan olih nurul izzah atau nik aziz akan kata Allah dah ampun kan nurul izzah.Taib Azamuddin kata beliau tak berani nak ulas takut tersilap. Takkan lah bekas Imam Besar Masjid Negara yg bukan calang calang ilmu agama Islamnya takut nak ulas adalah sesuatu yg mustahil. Kalau mat sapu memang lah dia tak tahu nak ulas sebab bukan bidang mat sapu. Sama sama lah kita tunggu siapa dari "ULAMAK" PASTIPU yg akan buat ulasan demi untuk Islam bukan kerana parti (PAS).

    ReplyDelete