(Al Islam bulan Jul 2010)
Saya selalu ditanya oleh saudara Muslim yang telah memeluk Islam, apakah boleh mengamalkan adat-adat lama yang telah diamalkan sebelum memeluk Islam. Saya jawab mudah sahaja, kita hanya menukar agama, yakni meninggalkan agama lama dan memeluk agama Islam. Agama Islam akan menjadi pegangan kita buat selama-lamanya. Kita tidak boleh mengubah bangsa kerana bangsa itu adalah anugerah Allah SWT. Setiap bangsa yang dijadikan Allah SWT ada bahasa, budaya dan cara hidupnya tersendiri. Selagi mana ianya tidak bercanggah dengan Islam maka tidak salah jika ia diamalkan. Kadangkala budaya orang yang mengaku Islam, belum tentu sesuai dengan Islam, tetapi kita tidak ambil kisah. Saya tidak perlu berikan contoh, fikirkanlah sendiri.
Apa yang ingin saya tekan di sini adalah, seseorang yang telah memeluk Islam akan terus beramal dengan budaya bangsanya selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Malah ia amat dituntut sebagai dakwah bil hal, dakwah contoh teladan. Menunjukkan bahawa kita tidak masuk Melayu, tetapi masuk Islam. Maknanya, kita akan mati dengan agama dan bangsa kita. Jika kita Cina, maka ia akan berakhir dengan Cina Muslim atau India Muslim atau Iban/Kadazan Muslim. Namun, bila berlaku pertembungan antara agama dan bangsa, sudah tentu agama lebih penting daripada bangsa walaupun bangsa itu juga anugerah dari Allah.
Di alam barzakh dan akhirat nanti, yang akan dinilai ialah amalan kita yakni iman dan takwa kita. Allah tidak akan tanya apa bangsa kita atau darjat kita dan sebagainya. Yang diambilkira adalah amalan kita semasa hidup sama ada kita mengikut perintah atau engkar perintahNya.
Mereka yang memeluk Islam di Malaysia mempunyai dua keistimewaan. Pertama, menjadi Melayu mengikut perlembagaan dan kedua, sebagai bangsa yang memeluk Islam. Bermakna mereka yang memeluk agama Islam dua wajah iaitu Melayu Islam dan Cina/India/Iban/Kadazan Muslim. Dalam perlembagaan persekutuan perkara 160(2) mendefiniskan Melayu sebagai berikut:
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2): "orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) zuriat seseorang yang sedemikian.
Dengan itu, tidak kira dia berbangsa Melayu, Cina atau pun India, asalkan dia memeluk Islam, boleh bertutur Bahasa Melayu, pernah tinggal di Persekutuan atau di Singapura sehingga mengikut adat-adat tempatan dan lahir di Persekutuan atau di Singapura seperti yang dinyatakan di atas, maka dia digelar "orang Melayu". Oleh kerana adat Melayu berbeza di setiap daerah dan negeri maka syarat ini tidaklah begitu mempengaruhi untuk menjadi "orang Melayu". Yang penting ialah beragama Islam, boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan kewarganegaraan Persekutuan Malaysia atau Singapura.
Perbezaan bangsa tidak menafikan syarat-syarat ini. Walaupun label "orang Melayu" mungkin dianggap remeh bagi segelintir orang, tetapi sebenarnya ia sangat menguntungkan "orang Melayu". Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 153(1): "Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini".
"Orang Melayu" mendapat kedudukan dan hak istimewa berbanding kaum-kaum lain yang mendapat kedudukan sah. Kepentingan istimewa ini termasuklah dalam mendapat biasiswa, rizab tanah, permit, perkhidmatan, keistimewaan pendidikan dan latihan, dan sebagainya. Sebagai kesimpulan, kepentingan istimewa ini tidak dipengaruhi oleh bangsa tetapi dipengaruhi oleh agama Islam. Hanya orang Islam yang mendapat kepentingan ini. Bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India juga boleh mendapat kepentingan istimewa ini jika mereka memeluk agama Islam. Andai kata seseorang itu telah murtad, maka kepentingan istimewa ini pun digugurkan, termasuk Melayu yang murtad.
Apapun keistimewaan Melayu yang disebutkan dalam perlembagaan, bagi saya tidak penting. Saya tidak perlu menjadi Melayu atau mendapatkan keistimewaan Melayu. Yang lebih penting adalah apakah sumbangan yang boleh diberikan setelah memeluk Islam? Apa guna menjadi Melayu dan mendapat keistimewaan Melayu jika Islam tidak berkembang, malah dipandang hina oleh keluarga kita yang masih belum Islam?
Justeru, saya selalu mengingatkan saudara Muslim supaya tidak mengambil perhatian sama ada kita Melayu ataupun tidak mengikut perlembagaan. Apa yang penting adalah kita telah memeluk agama Islam. Yang lain itu tidak penting. Visi kita seterusnya adalah untuk mengIslamkan ahli ibubapa dan ahli keluarga kita dengan menunjukkan contoh yang baik.
Apakah contoh yang baik itu? Maka kita berbalik kepada pertanyaan itu tadi, bolehkah adat resam sebelum memeluk Islam boleh diamalkan. Pada saya, ia tidak salah selagi mana adat resam tersebut tidak bertentangan dengan Islam. Misalnya, adat kematian, adat perkahwinan, adat perayaan seperti tahun baru Cina, Cheng Meng (ziarah kubur), kuih bulan dan sebagainya. Izinkan mengfokuskan adat resam Cina sahaja dalam penulisan ini.
Pada saya kebanyakan adat resam tersebut tiada ada kaitan dengan agama, sekiranya kita memahami hakikat Islam yang sebenar. Perkara yang selalu dipertanyakan ialah mengenai adat kematian. Pada saya, tidak menjadi salah kesalahan seseorang yang telah memeluk Islam menziarahi dan menguruskan upacara pengkebumian mayat ibu bapa dan ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Cuma kita tidak boleh menyertai upacara sembahyangnya sahaja. Yang lain tidak menjadi masalah. Lagipun ini merupakan contoh teladan yang baik, terutama untuk melembut hati-hati mereka yang masih hidup agar mendekati Islam.
Saya masih teringat ketika berlaku kematian bapa dan abang saya setelah memeluk Islam. Saya berhadapan dengan pengalaman yang amat pahit ketika kematian bapa saya, namun tidak selepas itu ketika kematian abang saya. Kerana saya mengambil pengajaran kes pertama, agar menimba ilmu jika tidak faham dan ikut cakap orang.
Ketika bapa saya meninggal dunia, pada masa itu saya baru memeluk Islam. Kefahaman Islam masih lagi cetek. Saya terpengaruh dengan kata-kata orang Islam baka yang tidak membenarkan saya menyertai upacara kematian bapa saya. Sehinggakan saya hanya sempat menziarahinya sekali sahaja. Selebihnya, saya tidak dibenarkan keluar, sehinggalah bapa saya dikebumikan.
Ketika itu timbul persoalan di hati saya, adakah ini sifat Islam? Memutuskan tali silaturrahmi antara anak yang memeluk Islam dengan ibu bapa yang belum Islam? Saya mencari jawapan pertanyaan ini. Akhirnya, saya dapat jawapannya.
Selepas itu, abang saya meninggal dunia. Pengalaman pertama ketika kematian bapa telah mengajar saya bahawa kita harus belajar, jangan hanya dengar cakap orang. Maka di kala itulah, saya menguruskan urusan kematian dan pengkebumian abang saya. Bermula daripada membeli keranda sehinggalah mayat abang saya dikebumikan. Saya hanya tidak campur dalam urusan sembahyang mereka. Itu urusan dan hak mereka. Biarkan. Tanggungjawab saya ialah mengurus sehingga selesai termasuk berpakaian hitam sebagai tanda sedih. Saya tidak peduli apa orang nak kata, yang paling saya takut apa akan saya jawab nanti jika Allah tanya tanggungjawab saya kepada ahli keluarga yang tidak Islam?
Persoalannya, apakah salah kita memakai baju hitam? Saya tidak nampak sedikitpun ada masalah keagamaan di situ. Malah kita dituntut bersimpati terhadap keluarga si mati. Ingatkah lagi kita pada cerita bagaimana Rasulullah SAW berdiri memberi penghormatan terhadap mayat Yahudi yang kebetulan lalu di depan ketika Baginda berada di situ? Sudah tentu kita ingat. Justeru, di manakah salahnya seorang anak turut memakai baju hitam sebagai tanda penghormatan dan kesedihan seperti mana kita berkabung ketika berlaku kematian di kalangan para pembesar negara.
Saya bersama adik yang baru berjinak dengan Islam seterusnya turut menguruskan soal penguburan dan mendirikan batu nisan kubur abang saya. Boleh dikatakan sayalah yang menguruskan urusan fizikal pengkebumian abang saya dari mula hingga akhir, tanpa mencampuri urusan sembahan mereka. Malah, kini setiap tahun memang menjadi amalan saya dan adik-beradik yang lain menziarahi kubur bapa, abang dan datuk nenek ketika perayaan Cheng Meng (ziarah kubur).
Peranan saya sebagai orang Islam hanya menziarahi tanah perkuburan itu sahaja, termasuk membersihkan semak samun kubur-kubur tersebut. Mereka yang tidak Islam menjalankan upacara sembahyang di atas kubur. Saya tidak mencampuri urusan tersebut. Persoalannya, boleh atau tidak?
Salahkah seorang anak menghantar ibunya yang tidak Islam menziarahi kubur suaminya. Tidakkah kita sebagai anak wajar memberikan ehsan atau khidmat baik terhadap mereka. Hatta, jika ibu saya meminta saya menghantarnya ke tokongpun, akan saya hantar kerana itu adalah di bawah tanggungjawab saya sebagai anak walaupun agama berbeza. Durhaka namanya jika kita tidak tunaikan hak ibu, walaupun haknya bertentangan dengan akidah kita, kecuali jika merancang untuk merosakkan akidah kita.
Perlu ditegaskan, Islam tidak pernah mengajar kita untuk jauh daripada mereka setelah memeluk Islam. Malah amat dituntut untuk merapatkan hubungan yang mungkin telah renggang dan terputus. Persoalannya, apakah jalan untuk merapatkan hubungan ini jika bukan dengan keadaan tertentu yang saya sebutkan tadi dan perayaan yang mereka sambut.
Contoh lain adalah sambutan tahun baru Cina. Saya tidak mengatakan tahun baru Cina adalah seratus peratus perayaan adat kerana ada beberapa ketika mereka melakukan upacara sembahyang. Pertanyaan saya, adakah salah kita menziarahi mereka ketika waktu gembira ini? Kita sebagai anak yang memeluk Islam, bukanlah mahu sangat menyambut perayaan tersebut, tetapi sekadar menyeronokkan hati mereka setelah kita ‘kecewakan’ apabila memeluk agama Islam.
Saya kata kita ‘kecewakan’ mereka kerana dengan memeluk Islam kita telah melukakan hati mereka setelah sekian lama mereka bersusah payah membesarkan kita. Sama juga jika anak kita mengambil keputusan untuk murtad, apakah perasaan kita sebagai ibu bapa? Justeru, setelah memeluk Islam, masa inilah perlu kita gunakan untuk membalas ‘kekecewaan’ mereka itu dengan berbakti dan berbuat baik kepada mereka.
Caranya tidak lain yakni dengan menunjukkan akhlak dan peribadi yang baik serta tidak ekstrim. Saya yakin kita pernah mendengar cerita Uwais al-Qarni dalam sejarah Islam. Uwais al-Qarni disebut oleh Rasulullah SAW sebagai penghuni syurga, hanya kerana Uwais berbakti dan amat mengambil berat ibunya yang lumpuh walaupun ibunya tidak memeluk Islam. Uwais menjaga ibunya dengan baik, walaupun keinginannya untuk bertemu dengan Rasulullah amat tinggi. Tetapi disebabkan kasih sayang agung terhadap ibunya yang tidak berbelah bahagi, Uwais sanggup membatalkan hasrat untuk bertemu nabi dan bersegera balik ke Yaman, kerana ditakuti ibunya memerlukan sesuatu dan khidmat darinya.
Inilah contoh teladan yang selalu saya ingatkan kepada rakan-rakan yang baru ataupun yang telah lama memeluk Islam. Manakala mereka yang Islam baka pula, berilah sokongan dan dorongan kepada pasangan mereka yang mungkin saudara Muslim. Jangan patahkan hati pasangan kita saudara Muslim dengan tidak membenarkan mereka balik menguruskan ibubapa mereka. Tanggungjawab terhadap ibu bapa wajib dilaksanakan.
Paling baik, buatlah secara bersama-sama. Maksud saya, jika ibubapa pasangan kita saudara Muslim meninggal atau menyambut perayaan atau hari kebesaran. Maka, baliklah menziarahi mereka bersama-sama. Tidak ada salahnya dari pandangan agama Islam. Malah amat digalakkan.
Lupakanlah buat sementara sama ada rumah mereka sudah disamak atau belum? Kerana isu samak ini amat kecil. Lagipun kita bukan tinggal di situ selama-lamanya, Cuma dalam jangka waktu yang singkat. Samak atau tidak, langsung tidak menjejaskan akidah kita. Jika isu samak itu yang menjadi masalah, maka perkara asas yang perlu kita samak adalah duit atau wang kertas yang kita pegang setiap kali dan setiap hari.
Pernahkah kita terfikir bahawa siling dan wang kertas itu pernah berlegar di gerai babi atau khinzir? Begitu juga dengan bekas gelas dan piring yang turut digunakan oleh orang bukan Islam di kedai orang Islam? Dengan sebab itu, saya tidak mahu memperbesarkan isu samak ini kerana selagi kita tidak memahami fiqh awlawiyyat, selagi itu kontroversi ini tidak pernah habis.
Kita asyik membincangkan perkara yang remeh sehingga membuang masa, sedangkan banyak lagi perkara besar yang perlu kita lakukan. Tidakkah kita sedar bahawa masih banyak lagi tangungjawab yang perlu kita laksanakan sebagai umat Islam. Jika tidak tahu, amalkan budaya bertanya. Jangan asyik pandai mencari kesalahan atau kelemahan orang lain atau asyik menjatuhkan hukum. Akhirnya, kita juga yang rugi.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

No comments:
Post a Comment