Sunday, September 30, 2012

MAQASID SYARI'AH




Syariah Islam diturunkan oleh Allah SWT untuk memberikan kebaikan dan kemaslahatan kepada manusia. Objektif atau maqasid hukum Islam adalah untuk menjaga kepentingan dan keperluan manusia di dunia dan di akhirat. Maqasid a
s- Syariah ialah tujuan dan rahsia yang telah di tetapkan oleh Allah SWT pada setiap hukum yang disyariatkan, iaitu untuk mencapai kebahagiaan individu dan masyarakat, memelihara undang-undang dan seterusnya memakmurkan dunia sehingga mencapai tahap kesempurnaan, kebaikan, kemajuan dan ketamadunan yang tinggi.

Dalam pentadbiran, kerajaan akan memberi keutamaan dan penekanan kepada 5 perkara penting yang disebut oleh ULAMA sebagai MAQASID SYARI'AH iaitu :

PERTAMA: memelihara dan memperkasakan agama Islam dengan menjadikan nilai-nilai agama Islam sebagai tunjang pentadbiran dan pembangunan negara. Agama lain tetap bebas dianuti dan diamalkan serta mendapat perlindungan sewajarnya sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

KEDUA: memelihara jiwa dengan menghormati hak-hak asasi manusia, tanpa membezakan agama, etnik, golongan dan darjat dalam masyarakat.

KETIGA: memelihara akal dengan memberi peluang pendidikan yang berkualiti dan mencukupi bagi memartabatkan ilmu pengetahuan tanpa membezakan antara ilmu agama dan ilmu dunia atau ilmu fardu ain dan ilmu fardhu kifayah.

KEEMPAT: memelihara kehormatan dan keturunan dengan mempertahankan institusi keluarga sebagai tunjang pembagunan sosial, disampaing berpegang teguh kepada nilai-nilai murni kemasyarakatan yang berteraskan akhlak mulia.

KELIMA: memelihara harta dengan memperkasakan ekonomi ummah melalui peningkatan kemahiran dan keterampilan dan peluang pekerjaan. Memerangi secara berkesan perkara-perkara yang boleh menghalang perkembangan ekonomi seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa , pengurusan yang tidak cekap dan mengelak pembaziran.


No comments:

Post a Comment