Tatkala ada pecah rumah kita laporkan kepad POLIS....
Tatkala ada kes jenayah kita lapor kepada POLIS...
Tatkala kita balik kampung berhari Raya ....kita maklumkan kepada POLIS ...
Tatkala ada kesesakkan jalan Raya, kita mahukan POLIS mengawal lalu lintas....
Tatkala kemalangan....kita menghubungi minta bantuan POLIS...
Tatkala suasana cemas dan merbahaya, kita harap POLIS datang untuk mengawal keselamatan....
TATKALA KITA TIDUR LENA BERSAMA KELUARGA ....POLIS DILUAR MERONDA MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA.....
TETAPI.....BERAPA KALI KITA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS JASA-JASA POLIS YANG BANYAK BERKORBAN UNTUK NEGARA...???
Tatkala suasana cemas dan merbahaya, kita harap POLIS datang untuk mengawal keselamatan....
TATKALA KITA TIDUR LENA BERSAMA KELUARGA ....POLIS DILUAR MERONDA MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA.....
TETAPI.....BERAPA KALI KITA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS JASA-JASA POLIS YANG BANYAK BERKORBAN UNTUK NEGARA...???
"Saya pernah diserang hendap komunis tiga kali semasa menjadi polis", kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika berkongsi pengalaman menentang komunis pada tahun 70-an dan 80-an di Sarawak.
Ketika era ancaman komunis di Sarawak, Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU), sayap angkatan bersenjata Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) menjadi ancaman utama kepada keselamatan negeri.
PARAKU diketuai oleh Bong Kee Chok yang mengakhiri perjuangannya dengan menandatangani Perjanjian Sri Aman pada 21 Okt 1973 dengan kerajaan Malaysia.
Tempoh paling kritikal sehingga menyebabkan pembangunan di Sarawak terbantut ialah antara 1963 hingga 1973 apabila terpaksa berhadapan dengan gerakan konfrontasi dari Indonesia dan komunis.
Wan Junaidi yang pernah bertugas sebagai polis dari tahun 1967 hingga 1982 sebelum menceburi dunia politik mengakui pengikitirafan dan kebajikan yang diberikan kerajaan walaupun mencukupi, masih ada ruang untuk diperbaiki.
PERANAN POLIS JUGA BESAR
Peguam berusia 63 tahun ini sedikit terkilan kerana masih ada dalam kalangan rakan-rakannya yang belum mendapat pengiktirafan setimpal dengan pengorbanan ketika bertempur dengan komunis, baik yang terkorban, terselamat dan yang cedera hingga cacat kekal.
"Ada yang hanya dapat surat recommendation daripada Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis negeri itu saja," kata Wan Junaidi yang kini menjadi Pengerusi Persatuan Bekas Polis Sarawak dengan keanggotaan seramai 4,900 orang di seluruh Sarawak.
"Tugasan polis tidak sama dengan tentera, masa peperangan, peranan tentera menonjol namun bagi polis, peperangan atau tidak, tugasan polis sentiasa berjalan," katanya.
Sambil mencadangkan pengurusan polis mencontohi pengurusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Wan Junaidi berkata sudah tiba masanya satu jabatan baru diwujudkan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal pesara polis di negara ini.
Beliau menarik perhatian kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang katanya, mempunyai Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) yang bersikap proaktif dalam menyarankan kepada kerajaan pelbagai perkara untuk meningkatkan aspek kebajikan tentera.
"Saya rasa sekiranya ada jabatan serupa bagi polis, saya yakin kebajikan pesara polis lebih terbela," katanya.
KESEDARAN GENERASI MUDA
Bagi meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai pengorbanan polis semasa ancaman komunis, Wan Junaidi mencadangkan pendedahan dimulakan dalam sistem formal pendidikan terutama sekali dalam sistem persekolahan di negara ini.
Beliau berkata sudah tiba masanya nama wira-wira polis seperti mendiang Johnny Mustapha yang digeruni komunis dan terbunuh kerana diserang hendap, dikenali generasi masa kini.
Presiden Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak DSP (B) Muhamad Yusof Isa bersetuju kisah perjuangan polis semasa era ancaman komunis diperkenal dengan lebih meluas dan mencadangkan melalui sukatan pelajaran di peringkat sekolah menengah.
Skuad 69 PDRM Sarawak adalah anggota polis yang mula berkhidmat dalam PDRM pada tahun 1969.
Lebih 5,000 anggota diterima masuk pada tahun berkenaan dengan sebahagian besar mereka diserapkan dalam Pasukan Polis Hutan kini Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai 'Mata-Mata'.
Tugas utama mereka pada masa itu ialah untuk dihantar menyertai pelbagai operasi memburu pengganas komunis di perbatasan tanah air termasuk di Sarawak.
Muhamad berkata selain daripada memberi kesedaran terhadap generasi muda, kerajaan perlu prihatin kepada nasib pesara polis.
"Kalau kerajaan ada kemampuan kewangan, kami berharap skim pencen untuk pesara polis dikaji semula terutama melibatkan anggota berpangkat rendah," katanya.
"Ramai yang mengenali dan menghargai pengorbanan tentera namun bagi polis masih perlu banyak dilakukan supaya penghargaan setimpal dengan pengorbanan," katanya.
Muhamad yang juga bersetuju dengan cadangan penubuhan jabatan khas bagi pesara polis, mahu generasi sekarang mengetahui kekejaman komunis dan pada masa sama menghargai keamanan yang dinikmati sekarang.
"Saya mahu selain Leftenan Adnan dari ATM, generasi sekarang mengenali nama-nama wira polis yang berjuang bermatian-matian demi keamanan negara ini," katanya.
No comments:
Post a Comment