Agaknya sudah menjadi kebiasaan orang yang baru kenal sejadah, baru kenal tasbih, baru kenal masjid, baru belajar sikit hukum -hakam agama, bersemangat nak ceramah kat orang ni , orang tu, orang ni tak kena, orang tu tak kena......(PSM pun macam tu ler dulu masa remaja).
Untuk menyatakan sesuatu tentang hukum mestilah ada dalil samada aqli atau naqli. Jangan sesuka hati menjatuhkan hukum kat orang lain jahillah, tak dapat hidayah, bila nak taubat, bila nak pakai tudung dan bermacam lagi tuduhan liar. Usah sesuka hati menghina orang. Islam bukan agama yang dikutip di tepi jalan. Islam agama yang diturunkan oleh Malaikat jibrail dan di sampaikan kepada Nabi SAW.
Namun kita hari ini , tak kira apa latar belakang pendidikan , baru 2 , 3 hari pakai tudung dah panggil ustazah, baru dua tiga hari pegang kitab cakap ada bunyi arab sikit, ada janggut sejemput dan panggil ostad. Ohh tidakk...!!! ISLAM tidak semurah itu. Mengaji pun tak pernah , menadah kitab pun tak pernah, tauhid, fekah pun merangkak ada hati nak ceramah kat orang. Kalau iapun BERHIJRAH atau BERTAUBAT pergilah belajar, tambahlah ILMU. Carilah guru yang mursyid , yang muktabar,dan berkelayakan.
Kononnya nak bina negara ISLAM mesti menukar kerajaan terlebih dahulu. Kerajaan sekarang tidak "fully Islamik". Apa yang kerajaan buat sekarang tidak cukup Islam,hudud tak ada kata mereka. Kerajaan BN dan UMNO dituduh menolak HUDUD. Sedangkan ADUN UMNO lah yg mennyokong penuh Hudud dilaksanakan di Kelantan suatu masa dahulu, Namun hudud tetap tidak dilaksanakan.
Mereka yang kononnya lebih Islamik ini sebenarnya merupakan yang paling kuat menentang ISLAM. Mereka juga yang kuat menentang sekolah Agama Islam, mereka jugak orang konsisten dalam nak menghapuskan keistimewaan orang Melayu dan keistimewaan Islam sebagai agama Persekutuan. Malah yang paling merisaukan ...didalam kumpulan mereka juga terdapat fahaman Syiah , khawarij , LBGT segala jenis kemungkaran ada didalamnya termasuklah PLURALISME - (semua agama adalah sama).
Bayangkanlah ...kepada orang sebegini kita nak serahkan negara....??? Apa nak jadi kepada generasi kita akan datang...??? INI KAH YANG DI MAKSUDKAN OLEH KP PAS , SEMUA ITU BOLEH DIBINCANGKAN....??? katanya dalam memberi komen "kenyataan Karpal Singh semasa program Debat antara Ustaz Fathul Bari.
No comments:
Post a Comment