Friday, July 20, 2012

KAMI TIDAK PERNAH LUPA.....!!!


AIR MATA DI BUMI MEMALI :-


Di atas meja, penuh dengan pinggan serta cawan-cawan bekas makan. Masih banyak lagi kuih kuih yang belum disentuh. Betul-betul dihadapan kami yang boleh dicapai bila2 masa. Mungkin mereka baru selesai jamuan, agaknya. Dato Hisyamudin sedang meneguk minuman. Tanpa membuang masa Ustaz Idris membuka majlis dengan memberitahu tujuan kami di panggil. Saya hairan juga sebab tidak kelihatan Yusuf Hussain, ustaz Awang Lanai, Ustaz Abdullah Shaari. Ustaz Md. Juki Ahmad dan Ustaz Hasan Saad yang patut hadir mewakili kawasan MID. Macamana pun dalam perjalanan tadi, bila berbual tentang kehadiran wakil kawasan kami telah agak mereka tidak akan datang. Telahan kami itu memang benar apabila Ustaz Idris Omar menjelaskan wakil kawasan tidak dapat datang atas sebab2 tertentu. Setelah itu Ustaz Idris omar serah agenda seterusnya pada Dato Hisyamudin.


Tanpa memberi salam, Dato Hisyamudin (bekas peguam) meyebut nama saya dan meminta menjawab soalannya , samaada 'ya' atau 'tidak'. Soalan pertama, tentang laporan polis yang saya buat pada 27 july 2000.


* Benarkah pada 27 july 2000 kamu ada membuat repot polis berkaitan Tabung Mangsa Memali?"


"Ya'


Jadi kamu mengaku membuat laporan itu?"


'Ya tapi.....


'Saya tidak minta apa2 penjelasan'


'Mana boleh, saya perlu memberi penjelasan......'


Berlaku sedikit pertelagahan antara kami berdua. Pak Njang Mi mula merah muka, dia gelisah. Tapi masih boleh bersabar. Dato Hisyamudin tidak beri laluan untuk saya memberi penjelasan, dia meneruskan soalan kedua.


*Benarkah kamu ada membuat kenyataan akhbar tentang Tabung Memali ?'


'Ya . Ada tetapi.....'


* Habis , kalau ta kmahu mendengar penjelasan, buat apa panggil kami datang ke sini. Kami minta bawa bahan bukti dan saksi untuk apa...?


" Sedarkah perbuatan awak boleh memudharatkan parti"


Ustaz Harun Taib mencelah, " Cikgu sepatutnya utamakan kepentingan jemaah, bukan diri"


"Saya faham ustaz...."Dato Hisyamudin memotong percakapan saya. 


"Soalan yang ketiga.....Belum habis Dato' kemuka soalan ketiga saya lantas bangun.


"Saya minta maaf , setakat ini saja. Terpulanglah pada Dato nak ambil tindakan apa dekat saya.


Saya keluar dar bilik dan duduk di ruang tamu bersama balu-balu (Memali) dan Awang pemandu van kami.....


Untuk mendapatkan Buku tersebut, sila buat pesanan terus kepada Pengarang:

En. Zainon Ismail.
A/C No.: 02048010048801 (BIMB)
Warisan Syuhada 1510, Kampong Memali,
Baling, KEDAH.
Atau Hantarkan Money oder/Wang Pos

TEL:019-424-2597
Sila SMS Setelah membuat bayaran Harga RM 20 + Penghantaran Rm 6.00 = RM 26.00 

sumber : Helang Kedah



C.N Alafgani.

No comments:

Post a Comment