“Penyebab utama masuknya manusia ke syurga adalah bertakwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah ).
Islam merupakan satu agama atau ad din yang syhumul dalam kehidupan seharian. Bermula dari kelahiran seorang bayi , makan-minum, tidur , berkahwin sehinggalah kepada pentadbiran sesebuah Negara. Namun begitu kesempurnaan dan keindahan Islam tidak akan terjelma jika ianya tidak dihiasi dengan AKHLAK dan budi pekerti mulia umatnya. Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. pernah berkata, Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab(AKHLAK) itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
Ketakwaan dan AKHLAK mulia tidak dapat dipisahkan, tidak dapat direnggangkan , ianya mesti selari dan sepadu. Bagai isi dengan kuku. Bagaikan aur dengan tebing. Matlamat asas keperluan manusia ialah memakmurkan bumi dan menpertingkatkan kehidupan manusia ke tahap yang tinggi tanpa alpa mentauhidkankan Allah dan menjadikan Al-Quran dan Assunnah sebagai panduan dan garis hidup.
Pembentukan AKHLAK bertujuan untuk mendidik manusia berinteraksi dengan Allah melalui ibadah yang sempurna dan ibadah yang sahih. Iaitu dapat berhubung dengan Allah melalui manhaj Allah SWT yang hak, jelas dan rasional melalui perlaksanaan hak kepada yang berhak berdasarkan kepada kebertanggunjawaban syarak dan akal agar jiwa manusia menjadi redha dengan AKHLAK Islam.
Menurut Imam Al Ghazali AKHLAK baginya ialah mengenai cara-cara suluk, mengenai jalan mendekatkannya kepada Allah sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam dan ahli-ahli feqah. Imam Al Ghazali juga mengambarkan AKHLAK sebagai satu sifat yang tertanam didalam jiwa, daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbagan terlebih dahulu. Oleh itu mereka yang berakhlak ialah mereka dapat menundukan hawa nafsu, bijaksana dalam membuat penilaian, adil dalam pertimbangan dan dapat memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik. Ia merangkumi sifat-sifat seperti berbakti pada keluarga dan negara, hidup bermasyarakat dan bersilaturahim, berani mempertahankan agama, senantiasa bersyukur dan berterima kasih, sabar dan rida dengan kesengsaraan, berbicara benar dan sebagainya.
AKHLAK merupakan keindahan jiwa dan kecantikan batin yang terhasil dengan sempurna apabila asas-asasnya cantik dan baik. Ia dapat dicapai melalui ILMU , iaitu mendidik jiwa untuk mengetahui dan membezakan antara benar dan bohong dalam percakapan, antara hak dan batil dalam iktikad dan antara baik dan buruk dalam perbuatan. Kecantikan budi pekerti juga dapat dilihat dari individu yang boleh mengurus dan menjuruskan kemarahannya selaras dengan tuntutan syarak. Akal yang sihat dapat mengawal diri daripada mengikut kata hati dan nafsu syahwat supaya menurut dan patuh kepada syarak. Oleh itu kita boleh klafikasikan ciri-ciri AKHLAK Islam bersifat mutlak dan meyeluruh, melengkap dan meyempurnakan, bersederhana dan seimbang serta mencakupi larangan dan suruhan.
Kadang-kadang kita terkeliru antara AKHLAK dengan perilaku. AKHLAK adalah merupakan sifat maknawi (rohani) manakala perilaku adalah terjemahan dari kesan AKHLAK maknawi tadi. Kadangkala perilaku datangnya daripada pengaruh dari luar atau dibuat-buat dan bukan terjelmanya dari pantulan AKHLAK. Oleh itu prasyarat utama untuk memastikan bahawa perilaku itu adalah lantunan dari AKHLAK ialah ianya berlaku secara berterusan (istiqomah), tiada ada unsur luar yang mempengaruhinya dan ianya mestilah bertepatan dengan Al-Quran dan AsSunnah.
Al-Quran dan Sunnah merupakan dua sumber AKHLAK Islam yang menjadi dasar untuk Umat Islam berfikir dan bertindak. Dalam surah al-Qalam ayat 4 , Allah SWT brfirman; Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai AKHLAK yang sangat mulia. Umat Islam juga disuruh berlaku adil, berbuat kebaikan ,memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang melakukan perbuatan keji dan mungkar. Umat Islam juga digalakan memberi kemaafan dan kelonggaran kepada orang yang bersalah. Pekara ini ada Allah SWT nyatakan dalam surah al-Maidah ayat 13. Manakala di dalam surah Fussilat ayat 34 , Allah SWT berfirman yang membawa maksud supaya orang-orang beriman menolak kejahatan dengan cara yang sebaik-baiknya. Hadith riwayat Baihaki Rasulullah SAW ada menyebut bermaksud sesungguhnya aku diutuskan untuk melengkapkanAKHLAK yang mulia. Pepatah Arab ada menyatakan yang bermaksud: “Termasuk cara untuk mencari kebaikan adalah dengan menjauhi keburukan.”Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepalsuan, falsafah dan khurafat serta ajaran-ajaran palsu akan menerbitkan keimanan yang sebenar.
Diri yang terdidik dengan AKHLAK yang bertunjangkan AKIDAH Islam akan mendidik akal, hati atau nafsu secara positif ke arah memberikan kepimpinan terhadap diri dan perkara di luar diri.
No comments:
Post a Comment