Thursday, April 26, 2012

MASKOT BERSIH 3.0 , TUAN GURU NIK AZIZ DIHINA PKR DAN DAP.

Astaqfirullah halazim.....sampai begini sekali Tuan Guru Nik Aziz dihina oleh kafir DAP dan liberal PKR. Apakah PAS tidak rasa terhina, sepatutnya Nik Aziz yang "dianggap" oleh mereka sebagai ulama yang sangat dihormati patut diletak diletakkan ditempat yang sepatutnya. Tuan guru Nik Aziz sepatutnya dihormati dan dimuliakan sebagai seorang yang alim dan orang paling tua dalam parti PAS.
Cuba lihat Ustaz Dato Harun Din yang tidak terlibat dengan pekara-pekara lagho yang dibuat oleh parti kafir DAP dan liberal PKR. sikap Harun Din yang tegas dalam menjalankan perintah Allah menyebabkan kawan dan lawan sangat menghormatinya. Inilah pemimpin yang kita perlukan dalam sesuatu oerganisasi. Berpendirian Teguh, Alim , berakhlak mulia dan seorang yang soleh.