Tuesday, June 26, 2018

APA KAITAN 1MDB DENGAN DATIN SERI ROSMAH



Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempunyai sebarang kaitan dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali gus menafikan dakwaan dalam Wall Street Journal (WSJ).


Dua peguam yang mewakili Rosmah, Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent berkata, anak guamnya itu tidak mempunyai sebarang kaitan mahupun peranan secara langsung dengan operasi harian 1MDB.


Katanya, Rosmah yang juga penaung Permata Negara tidak mempunyai kaitan dalam pengurusan kewangan 1MDB atau mereka yang dilantik untuk mengawasi firma itu.

“Kami telah meneliti perkara-perkara yang dilaporkan dalam WSJ, yang memetik sumber mendakwa bahawa Datin Seri Rosmah merupakan individu utama dalam dakwaan penyelewengan kewangan 1MDB,” kata mereka dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Laporan terbaru WSJ memetik sumber-sumbernya menggambarkan Rosmah sebagai kuasa sebenar di belakang pentadbiran Najib dahulu. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment