Wednesday, May 23, 2018

JASA SPAD KEPADA RAKYAT




Jika ada yang mencemuh dan mencaci Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pandanglah disekeliling anda. Siapa yang anda cari untuk dipersalahkan jika ada kemalangan membabitkan kenderaan pengangkutan awam? Siapa yang anda cari untuk menyelesaikan masalah jika membabitkan pengangkutan awam ? SPAD sentiasa memberi respon terbaik terhadap semua aduan yang disampaikan kepada mereka. 

Walaupun kerajaan hari ini telah menamatkan operasi SPAD, namun bersyukurlah kesemua kakitangan tetap SPAD diletakkan di bawha Kementerian Pengangkutan. Makna kata mereka masih lagi mempunyai tempat untuk bergantung. 

Keputusan drastik kerajaan ini sudah tentu memberi tekanan kepada keseluruhan kakitangan SPAD, namun begitu ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana mereka semua masih lagi dapat memberi khidmat di bawah Kementerian Pengangkutan. 


Sejak di tubuhkan pada tahun 2010, SPAD telah membawa perubahan yang cukup membanggakan terhadap tranformasi pengangkutan awam di dalam negara. Sejajar dengan usaha kerajaan yang ingin membawa negara ke tahap negara maju berpendapatan tinggi, pengangkutan awam juga berlari seiring dengan tuntutan semasa kemajuan dunia. Bahkan disesetengah bahagian kita lebih baik dari negara maju yang lain. 

SPAD selama ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat. Ini semua dapat dikesan melalui kecekapan perkhidmatan yang telah dilaksanakan. Contohnya kejayaan MRT yang telah berjaya mengurangkan sebahagian kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan perlaksanaan MRT 2 yang bakal mengurangkan lagi kesesakan di ibu kota. 

Malah dengan kepantasan serta kelajuan kenderaan rel seperti MRT telah membuka ruang kepada rakyat untuk tidak lagi menggunakan kenderaan sendiri untuk ke pejabat atau melakukan urusan harian dan dengan ini telah dapat memberi sedikit penjimatan perbelanjaan harian dalam urusan kos tambang termasuk bahan api dan bayaran tol.

Hari ini peningkatan rakyat menggunakan pengangkutan awam seperti MRT , ETS dan sebagainya telah membantu mengurangkan kesesakkan kenderaan di Kuala Lumpur, ibu kota yang selama ini begitu sesak dengan kenderaan persendirian. 

Dengan pembinaan MRT yang sedang rancak pada ketika ini apabila siap secara keseluruhannya akan menjadikan seluruh lembah Klang sebagai kawasan yang mempunyai pengangkutan awam termoden di dunia.

Bermula dari penyusunan semula plan pemulihan pemandu teksi bagi mengembalikan imej pemandu yang terjejas teruk dan juga peningkatan mutu perkhidmatan teksi sahinggalah ujudnya prasarana kemudahan awam yang dapat di nikmati oleh rakyat seperti hari ini.

Rakyat khususnya penguna pengangkutan awam seharusnya mengucapkan syukur dengan kejayaan SPAD yang telah memancu kemajuan sistem pengangkutan awam darat di negara ini dengan begitu cemerlang sekali.

Semoga penyatuan SPAD yang bakal diletakkan dibawah Kemeterian Pengangkutan akan menambah baik lagi mutu perkhidmatan dan peningkatan mutu pengangkutan awam untuk masa hadapan.

No comments:

Post a Comment