Friday, July 21, 2017

RAFIZI CEMBURU PROJEK MRT BERJAYA



Sebelum berjayanya projek MRT SBK ini bermacam-macam cabaran dan halangan terpaksa ditempuhi oleh pihak kerajaan. Walaupun projek MRT ini akan memberi kebaikan kepada rakyat, namun masih ada yang gagal memahami aspirasi negara dalam menuju negara maju.

Ketika kerajaan sedang melaksanakan projek MRT pelbagai serangan dilakukan oleh pembangkang konon projek ini membazir wang rakyat. Kos terlalu tinggi dan sebagainya. Mereka juga cuba melengah-lengahkan projek dengan melambat-lambatkan kelulusan tanah terutama di Selangor.

Anggaran Ahli parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli kononnya MRT 1 (Sungai Buloh - Kajang) bakal mencecah RM51 bilion juga tersasar jauh apabila Perdana Menteri mengumumkan kos MRT SBK hanya mencecah RM21 bilion - jimat RM2 bilion dari kos asal iaitu RM23 bilion dan siap lebih awal daripada yang dijangkakan.

Cara Rafizi buat kiraan pun macam kanak-kanak darjah satu. Menurutnya kiraannya 1 kilometer trek MRT bersamaan RM1 bilion, oleh itu kos bagi 51km trek MRT adalah RM51 bilion.

Hakikatnya, MRT Corporation Sdn Bhd telah menafikan dakwaan Rafizi dan menyebut bahawa, "kos RM21 bilion yang disebut dalam ucapan oleh Perdana Menteri adalah kos bagi kedua-dua *Fasa Satu dan Fasa Dua* daripada 51km jajaran SBK.

Formula matematik tahap budak sekolah seperti yang Rafizi gunakan ini betul dan boleh digunakan untuk mengira kos projek yang mempunyai pelbagai faktor penentu kos seperti keperluan untuk meninggikan jajaran tersebut atau membina jajaran di bawah tanah atau kos pembayaran pampasan tanah yang berbeza di kawasan laluan trek yang berbeza.

Hari ini mulut-mulut pemimpin pembangkang bagaikan tersumbat biji cempedak melihat kejayaan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional. Jadi tidak hairanlah jika keluar kenyataan-kenyataan dangkal daripada mereka. Semua itu bagi menutup malu kerana kebodohan mereka sendiri.

Sesungguhnya Rafizi dan pemimpin pembangkang yang lain begitu mencemburui kejayaan Dato Sri Mohd Najib membawa Malaysia selangkah lagi maju kehadapan sebagai sebuah negara yang menuju negara maju.