Monday, July 3, 2017

HUSAM PILIHAN KIT SIANG SEBAGAI BONEKA DAP






Tanpa menunggu Malam, siang-siang lagi Penasihat DAP Lim Kit Siang  membuat Pengumuman untuk meletakkan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas nege­ri itu daripada Pas telah menunjukkan betapa berkuasanya DAP dan pemimpinnya di dalam pakatan pembangkang.


Nampak jelas permainan politik Lim kit Siang yang licik dan penuh tipu daya. Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kenyataan Kit Siang ini menunjukkan peranan DAP dalam pakatan HARAPAN sedangkan DAP tidak wujud di Kelantan.

Kit Siang menggunakan bonekanya untuk memporak perandakan suasana politik di Kelantan. Taktik licik lagi keji ini nampak sudah membuahkan hasil dengan kewujudan parti PAN yang begitu angkuh dan sombang mahukan tampuk pemerintahan diserahkan kepada mereka pada PRU 14 yang akan datang. 

Jelas sekali DAP adalah pengarah atau mastermind dalam pakatan HARAPAN. DAP sedar rakyat Kelantan sesekali tidak akan menerima mereka, tapi rakyat Kelantan boleh menerima parti lain yang menggunakan label pasti Melayu dan Islam. Keberanian Kit Siang membuat kenyataan itu menunjukkan Melayu dalam Pakatan adalah lembu-lembu yang sudah dicucuk hidung mereka. Berani penulis menyatakan disini, mereka telah dibeli dengan harta dan kekayaan dunia. 

Kit Siang sebenarnya ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah kata pemutus dalam Pakatan HARAPAN. Seolah-olah mereka ini Abang Long kepada semua parti dalam Pakatan. 


Penulis masih ingat bagaimana DAP menggunakan kuasanya untuk mendesak parti PAS memecat Pengerusi Perhubungan PAS Selangor Datuk Hassan Ali. Sehinggakan PAS dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Hadi Awang bagaikan tiada taring untuk mempertahankan ahlinya yang juga orang yang cukup penting dalam PAS Selangor ketika itu.

Oleh itu tidak hairanlah jika kenyataan beliau yang mahukan rakyat Kelantan memilih Hussam Musa sebagai Menteri Besar dilafazkan dengan penuh sombang dan bongkak sekali. Dia yakin orang Melayu Kelantan akan memihak kepada Hussam Musa yang kononnya baginya orang yang paling rapat dengan Arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan.

Jelas sekali ia menunjukkan bahawa DAP kini sedang berusaha mengatur ‘orang-orang’ mereka yang patuh (kepada parti itu) disebabkan mereka tidak bertanding di Kelantan.

Persoalannya apakah rakyat Kelantan begitu bodoh sehingga boleh diperkotak katikan oleh boneka DAP ? Kita Tunggu jawapannya selepas PRU ke 14.