Tuesday, April 18, 2017

SATU BUKIT TIDAK BOLEH ADA DUA HARIMAU


Orang Cina percaya tidak boleh ada dua ekor harimau diatas sebuah bukit. Oleh itu admin yakin DAP dan Kit Siang akan waspada dalam hal ini dan berhati-hati menggunakan Harimau tua yang menumpang teduh dirumahnya. 

Manakala Tun Mahathir pula melihat anak Kit Siang Guan Eng bagaikan harimau  yang telah tercedera, bila-bila masa saja boleh dimatikan oleh lawan (SPRM). 

Ini satu peluang baginya untuk menonjolkan anaknya yang suam-suam kuku. Sudah tentu perkara ini tidak akan dibiarkan oleh Mat Sabu, Kit Siang dan Zizah yang sudah lama berdendam dengan Tun Mahathir. 

Justeru itu bagi menunjukkan taringnya masih tajam dan berbisa kepada kaum Cina,  DAP mengambil kesempatan menghala jari telunjuknya kepada MCA. Apa sahaja yang boleh dipersalahkan, semuanya ditujukan kepada MCA.

Untuk memperlihatkan diri mereka sebagai Hero kepada kaum Cina, DAP menuduh MCA sebenarnya telah sedia maklum bahawa RUU 355 akan dibentangkan pada sidang dewan yang lepas. 

DAP pada sidang dewan yang lepas malu besar apabila dibelasah teruk dengan ahli parlimen Melayu kerana membantah undang-undang Islam yang tujuannya untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan hakikatnya padahal tiada kaitan pun dengan DAP dan bukan Islam.

Kerana tidak dapat menahan gelodak amarah mereka, DAP mulalah meracau menuduh UMNO, MCA dan komponen Barisan Nasional yang lain berpakat dengan PAS bagi membenarkan RUU 355 dibentangkan.

Kita sudah tahu inilah taktik DAP dalam mengawal penyokong tegar mereka. DAP akan memainkan sentimen anti Islam, tapi apabila mereka duduk bersama-sama orang Melayu, mereka berlakon seolah-oleh mereka tidak menentang RUU 355.

Permainan jijik pemimpin DAP anak beranak ini sudah lama boleh dibaca. Tindakan Lim Kit Siang menentang RUU 355 telah membuatkan orang Melayu mulai sedar, cuak dan curiga terhadap penasihatnya, Lim Kit Siang dan DAP sendiri kerana secara terbuka menentang usaha menambah baik un­dang-undang Islam.

Oleh kerana itu DAP tiada pilihan melainkan terpaksa memilih MCA yang diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai ‘punching bag’. Justeru itu rakyat terutama kaum Cina perlu sedar dan kembali menyokong MCA dan Barisan Nasional kerana inilah kerajaan yang sentiasa menjaga memberi keadilan kepada semua kaum tanpa mengira agama atau bangsa. 





   

No comments:

Post a Comment