Saturday, April 8, 2017

MIDIN JADI PAK ANGGUK DAP




Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sanggup melakukan apa sahaja bagi memudahkan laluan DAP untuk menerajui kepemimpinan negara.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, PPBM seolah-olah lebih memerlukan DAP sehingga terpaksa mengikut te­lunjuk parti yang lebih dominan.

“Muhyiddin kata tidak ada masalah untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Ini sama seperti apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.


“Faktanya, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri adalah ditentukan oleh DAP memandangkan DAP adalah sebuah organisasi terbesar dalam Pakatan Harapan yang diketuai­nya,” katanya dalam catatan blog http://sskeruak.blogspot.my/ hari ini.

Menurut Salleh, DAP memenangi 28 kerusi Parlimen pada 2008 manakala 2013 sebanyak 38 kerusi.

Dengan hanya satu kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Unda­ngan Negeri katanya, PPBM tidak dapat berbuat apa-apa, justeru Muhyiddin perlu tunduk kepada DAP sebagai sebuah parti yang dominan.

“Muhyiddin akan melakukan apa sahaja untuk memudahkan DAP dan tidak mengecewakan Lim Kit Siang (Penasihat DAP). Malah, PPBM memerlukan DAP lebih daripada DAP memerlukan PPBM.

“Ini bermakna Muhyiddin tiada bantahan terhadap DAP yang berada di tempat duduk pemandu,” katanya.



No comments:

Post a Comment